[VIDEO] Erma Fatima Minta Aliff Aziz ‘Be Gentleman’, Munculkan Diri Selesai Masalah – ‘Kau Dah Berak Sana Sini, Lepas Itu Hilang’

Shopee Sale


Pengarah dan penerbit, Erma Fatima menggesa Aliff Aziz untuk munculkan diri dan menyelesaikan kemelut melibatkan dirinya dan juga wanita yang mengaku sebagai ‘kekasih gelap’nya iaitu Sarah Yasmine.

‘Be gentleman’

Ketika ditemui , pemilik nama Fatimah Rahmad Ali ini berkata, sekiranya Aliff seorang yang ‘gentleman’ dia tidak sepatutnya menghilangkan diri dan lari daripada masalah.

Saya minta Aliff untuk ‘be gentleman’, keluar dan munculkan diri. Dalam bahasa yang kurang baik, kalau kau ada ‘benda’ itu, kau keluar.

Setelah kau buat benda ini semua, janganlah kau diam dan ‘cuci tangan’.

Kenapa kau hilang? Kau dah berak sana, berak sini lepas itu kau hilang, banyak cantik muka kau?

Tambah Erma, Aliff juga mempunyai hak untuk menutup mulut Sarah dengan cara membuat laporan polis mengenai isu yang sedang berlaku.

Dia sebenarnya ada hak untuk hentikan apa yang Sarah sedang buat, jadi buat laporan polis.

Bila Aliff buat laporan polis, dia boleh pastikan Sarah tak buat dah semua benda ini. Jadi, buatlah.

Erma berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi Drama Sangat Close Up bagi drama ‘Lelaki Itu’ yang diadakan di Hadramat Kitchen, Ampang pada malam Isnin.

Sementara itu, penerbit berusia 56 tahun berpendapat kontroversi melibatkan Aliff ini tidak boleh disifatkan sebagai merosakkan industri kerana huru hara yang berlaku tercetusnya daripada perbuatan Sarah.

Saya tak sifatkan Alif sebagai perosan industri Malaysia tetapi saya cerita tentang perempuan itu.

Playboy ini sebenarnya ramai, bukan Aliff seorang. Cuma tiada orang macam Sarah itu yang mahu dedahkan semua.

Saya pun bukan nak halalkan apa yang Aliff lakukan tetapi itu sebenarnya ini perkara biasa.

Seseorang perlu hentikan dia (Sarah). Kalau semua orang diam, tiada perubahan yang akan berlaku.

Ketika ditanya adakah wajar artis yang terpalit dengan isu ini digam, Erma berpendapat isu yang berlaku ketika ini perlulah diselesaikan terlebih dahulu.

Saya tak mahu komen mengenai gam dan sebagainya. Apa yang saya nak cakapkan ialah mengenai hal yang berlaku sekarang ini.

Selesaikan perkara ini cepat (Aliff dan Sarah) dan berambus. Kalau ambil tindakan mengegam ini pada saya, tak jalan lah.

Terdahulu, Sarah dengan beraninya berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan perbualan di antara Aliff dan juga Ruhainies selepas kontroversi mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.

MENARIK:  Pempengaruh TikTok Mengaku Tidak Bersalah Guna Wang Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Anjuran Pelakon Terkenal

Antara intipati perbualan tersebut ialah, Ruhainies didakwa telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan isterinya, Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Sophia Albarakbah, Meerqeen dan Anna Jobling.

Tindakan Sarah itu telah menimbulkan pelbagai reaksi bahkan ada juga yang cuba menggunakan isu tersebut untuk melaga-lagakan nama baik dua negara.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular