[VIDEO] Erra Fazira Pantau Anak, Gusar Dengan Kes Jenayah – ‘Bukan Tak Nak Bagi Berdikari Cuma Keadaan Sekarang Merisaukan’

Shopee Sale


Berikutan kes jenayah yang semakin membimbangkan, pelakon jelita Erra Fazira turut menzahirkan kerisauan terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.

Ambil langkah berjaga-jaga

Ketika ditemui , sebagai ibu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mengambil pendekatan memantau Aleesya dengan menemaninya semasa berada di luar rumah.

Saya tidak mengongkong anak, tetapi kalau dia (Aleesya) nak keluar perlu ada salah seorang ibu bapa.

Zaman sekarang ini agak menggerunkan dengan teknologi dan pelbagai kejadian. Nampak macam mengawal anak, tapi sebenarnya berhati-hati. Saya bukan mengongkong anak, tetapi anak nak pergi mana mesti kena ada salah seorang ibu bapa.

Contohnya dia (Aleesya) nak pergi One Utama dengan kawan-kawan, saya hantar dan saya akan ada di situ. Tetapi tidak bersama mereka, biasalah anak remaja kalau ada ibu dia dekat situ malu air muka dengan kawan-kawan.

Menurut aktres berusia 50 tahun itu, Aleesya tidak diberi telefon bimbit namun dibenarkan untuk menggunakannya pada waktu tertentu.

Kita lepaskan tetapi sentiasa ‘update’ dia ada di mana. Saya tak beri anak saya telefon, tetapi bila dalam keadaan tertentu seperti dia nak keluar dengan kawan saya akan bagi.  Jadi kita kena pandai, pandai..nak bagi dia kebebasan tapi dalam masa yang sama kena pantau.

Kita ni terjerat nak suruh anak berdikari. Kalau dulu kita dah gerak sendiri naik teksi, bas dan sebagainya. Bukan tak nak bagi dia berdikari cuma keadaan sekarang ini merisaukan.

Erra berkata demikian pada sidang media program Kilauan Emas yang berlangsung di Mid Valley pada Selasa.

Pelakon filem Soalnya Hati tersebut juga menyifatkan Aleesya sebagai seorang introvert berikutan jarang berkongsi tentang perihal peribadinya.

Aleesya sangat ‘reserved’ dan ‘introvert’ orangnya. Sepatah yang ditanya, sepatah dijawab. Jadi sekarang saya kena jadi seorang ibu yang lebih berkongsi segalanya dengan dia untuk mendorong dia jadi seorang yang bercakap.

Mungkin juga sebab kami split parents, belah sana pun pendiam. Saya pun bukannya ibu yang bising sangat. Jadi tugas saya adalah untuk mengajak dia bersembang sebab dia sangat introvert.

Sementara itu, Erra berkata, dia turut menitipkan doa buat puterinya yang tercinta.

Antara doa yang saya titipkan semestinya keselamatan, jadi anak yang solehah, berjaya tapi yang paling penting adalah untuk dia rasa tenang, bahagia dan mensyukuri nikmat Allah SWT.

Imbas kembali, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriri Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, sebelum pada 2006 dan bercerai selepas tiga tahun.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Siapa Tu Aliff Aziz? Saya Tak Kenal..Buaya Tu Ada Ramai Perempuan, Tak Bangus Sangat’ – Leona

Pelantun lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara itu kemudian berkahwin kali kedua bersama Engku Emran. Mereka dikurniakan Engku Aleesya, 15, namun bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular