Pelakon Nur Fazura memilih pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen lanjut mengenai isu curang dalam rumah tangganya dengan suami, aktor Fattah Amin seperti yang didakwa dua orang stafnya pada minggu lalu.
Mahu yang terbaik
Bagaimanapun, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, dia hanya mahukan yang terbaik mengenai kes perceraiannya.
Tiada apa-apa yang hendak saya komen hari ini. Sebagai isteri dan ibu saya hanya mahukan yang terbaik.
Fazura berkata demikian usai sebutan kes permohonan cerai yang difailkan olehnya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada Rabu.
Diam lebih baik
Tambah pelakon filem Pisau Cukur itu, tindakan berdiam diri adalah yang terbaik kerana tidak mahu timbul salah faham di kemudian hari.
Berdiam lebih baik. Keadaan saya tenang sahaja.
Sementara itu, menurut peguam syarie mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan, pihaknya akan meneliti cadangan yang dikemukan Fattah di hadapan hakim syarie berhubung kes perceraian anak guamnya.
Kami terima satu cadangan daripada pihak Fattah berkaitan permohonan. Cadangan itu tidak boleh didedahkan dan kami akan meneliti terlebih dahulu.
Pihak-pihak akan berbincang untuk selesaikan secara baik tanpa melibatkan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.