[VIDEO] Hadiah Hari Guru Bukan Kaleng-Kaleng, Ibu Bapa Beri Gelang Emas – ‘Saya Hargai Sebab Sentiasa Update Perkembangan Anak’

Shopee Sale


hari guru

Sambutan Hari Guru akan disambut pada 16 Mei pada setiap tahun bagi menghargai pengorbanan para tenaga pengajar.

Hari yang penuh bermakna itu juga sering diceriakan dengan pemberian hadiah daripada pelajar buat guru mereka.

Gelang emas

" data-video-id="7368837713321086216" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@nurashikindin

Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ??. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 ? #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fyp??viral @HABIB Jewels

? Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok iaitu Nurashikin Din, dia bersama anak lelaki dan suaminya mengunjungi ke sebuah kedai barang kemas.

Difahamkan ibu bapa kanak-kanak tersebut membeli 10 utas gelang emas untuk diberikan kepada guru-guru anaknya itu.

Hadiah Hari Guru 2024 daripada Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah (guru). 10 orang gurunya.

Menurut Nurashikin, itu adalah cara mereka menghargai jasa dan pengorbanan tenaga pengajar yang tidak lokek mencurahkan ilmu untuk cahaya mata mereka.

Saya hargai sebab cikgu-cikgu dia sentiasa update perkembangan anak di sekolah melalui personal WhatsApp dan bagi video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keluarga tersebut yang disifatkan pemurah dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Alhamdulillah rezeki cikgu-cikgu, moga Allah murahkan lagi rezeki atas sebab bersedekah.

Alhamdulillah tahniah ibu bapa. Jasa cikgu memang tak mampu dibalas, ada rezeki lebih seronok dapat hadiah.

Terima kasih untuk ibu bapa yang sentiasa menghargai pengorbanan guru-guru.

MENARIK:  [VIDEO] Sufian Suhaimi Sahkan Hubungan Cinta Dengan Rania Sudah Berakhir – ‘Tidak Sehaluan, Cincin Risik Sudah Dipulangkan’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular