Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad sanggup berkorban demi kesenangan dan kebajikan para pekerja.
Pengorbanan majikan
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan Hafiz sedang memberi wang kepada semua pekerjanya.
Menurut Hafiz, dia dan isterinya Syafiqah Aina sudah enam bulan tidak mengambil gaji sendiri.
Enam bulan saya dan Aina tak ambik gaji dari perniagaan kami. Perniagaan kami Alhamdulillah baik, cuma kami nak memotivasikan diri untuk kerja bersungguh-sungguh.
Ada seseorang pernah pesan, jika di atas ikat perut, ramai di bawah akan rasa senangnya.
Hafiz atau nama penuhnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad berkata, tindakan mereka itu sedikit sebanyak telah membantu pekerjanya untuk menyimpan wang.
Cara saya dan Aina, kalau kami tak puas hati dengan performance kami sebagai pengarah, kami tidak akan ambil apa-apa.
Saya cuba buat dan syukur, minggu lepas ada staf yang tunjuk dekat saya simpanan dia. Dia kata, ‘ini adalah duit yang saya simpan dari bonus dan token saya dapat selama kerja di sini.’ Terkejut bila tahu mereka dapat simpan RM20k hingga RM40k.
Bayar lebih
Tidak hanya dengan pemberian wang, usahawan berusia 31 tahun tersebut juga menyediakan pelbagai kemudahan serta memberikan bayaran lebih kepada stafnya.
Makan di pejabat disediakan, rumah staf lelaki dan perempuan ada, elaun bersalin dan taksa diberikan dan banyak lagi.
Saya dan mereka tak tidur berhari-hari untuk siapkan kerja. Mereka ini baik sangat sepanjang berniaga, HR (jabatan sumber manusia) tidak pernah terima claim OT (kerja lebih masa).
Mereka tak claim OT bukan bermakna kami ambil kesempatan.
Cara saya, saya akan minta akauntan bayar lebih dari OT rate yang sepatutnya mereka dapat.