Video: Haliza Maysuri Belanja RM3.5 Juta untuk Majlis Anak Lelaki, Menantu Memakai ‘Swarovski Tiara’ Dengan 233 Kristal Bersinar

Shopee Sale


haliza bawal exclusive

Untung menantu! Jutawan tudung jenama Bawal Exclusive, Haliza Maysuri memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak lelakinya, Zuhairi Syazwan pada malam Ahad.

Guna hampir 200,000 biji batu Swarovski

 

" data-video-id="7339525262314441986">
@official Tahniah min ucapkan buat Puan Haliza Maysuri dengan kehadiran keluarga baru ???? # #sembangentertainment #halizamaysuri #sambut #menantu #pertama ? Bunga Rampai – Zaleha Hamid

Memilih Hotel St Regis Kuala Lumpur sebagai lokasi majlis, menantu Haliza iaitu Sarah menggayakan busana mewah rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Bukan biasa-biasa, busana itu dihiasi 189,936 biji batu-batuan Swarovski yang dibawa dari Austria.

Busana digabung lima warna iaitu Crystal, Crystal AB, Aquamarine, Light Sapphire dan Crystal Moonlight itu menggunakan tujuh jenis saiz bentuk butiran batu Swarovski iaitu ss6, ss10, ss12, ss16, ss20, ss34 dan 8×4 mm. Difahamkan, busana dan Swarovski itu bernilai RM300,000.

Penampilan Sarah turut diserikan dengan tiara Swarovski dengan 233 kristal jernih direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang merupakan acara tari menari terkemuka Austria.

Bercerita mengenai tiara, Haliza berkata itu merupakan pemberian khas daripada Swarovski kepada menantunya untuk dipakai.

Kata Haliza, tiara yang memiliki 233 kristal itu bukan untuk dijual.

Tiara itu direka khas oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert, inspirasi daripada perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski.

Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih. Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.

Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski, tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Swarovski dan sejarahnya yang berusia 129 tahun.

Adi Busana tiga bulan nak siap

Haliza Maysuri

Dalam pada itu, Haliza pula mengenakan ‘Adi Busana’ yang direka khas oleh Faizuluziaf dengan dihiasi 72,000 biji batu-batuan Swarovski yang dibawa khas daripada Austria juga.

MENARIK:  Shuhada Mohon Ampun Pada Allah, ‘Archive’ Posting Aib Pasal Hafidz Roshdi – ‘Jauh Sangat Dah Amarah Aku Ini’

Fabrik yang dibawa masuk dari Eropah itu terdiri daripada padanan Tulle ( Net ) Silk, French Solstiss Lace dan Crepe Silk.

Potongan ‘Cape Dress’ ini menggunakan teknik ‘Ruching Draping’ yang menggunakan palet warna khas iaitu Light Apricot, Nude brown, Off White dan Silver.

Busana mewah bernilai RM170,000 itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular