Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tidak dapat menahan sebak apabila salah seekor kucing kesayangannya yang diberi nama Gora mati akibat sakit tua.
Sakit tua
" data-video-id="7408026533656399121">@halizamaysuri Coretan Abang Wan meruntun jiwa Mama ? Saya selalu menginginkan adik lelaki. Satu hari mama papa membawa awak pulang dan sejak itu awak menjadi adik lelaki saya. Kita bermain, bergaduh dan bermanja bersama-sama dan habis awak menggigit dan mencakar saya. Kita selalu bermain kejar-kejar di rumah. Part yang paling awak suka mengejar dan menggigit kaki saya dan kadang saya pulak yang mengejar awak semula. Waktu berlalu dan kita sendiri menjadi saksi kita membesar bersama-sama. Setiap kali ada pencapaian yang saya lakukan, saya tak pernah lupa untuk kongsikan dengan awak dan saya tahu awak berbangga dengan saya. Dari saya bersekolah rendah sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading ataupun dari saya masih bujang sehinggalah saya berumahtangga, awak sentiasa menjadi saksi setiap detik perjalanan saya. Awak tempat saya berkongsi cerita setiap kali sebelum tidur. Teringat waktu sebelum saya melangkah keluar untuk meneruskan pengajian di luar negara, saya minta awak tunggu saya sehingga saya selesai dan lulus dengan jayanya. Saya tak sabar nak kongsikan berita itu dengan awak selepas saya pulang ke rumah suatu hari nanti. Saya tahu awak sangat kuat dan saya rasa permintaan saya itu pun akan menjadi salah satu penguat awak untuk bertahan sehingga saya balik. Tetapi masa mama call semalam dan beritahu yang mereka sudah redha dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan minta saya turut sama merelakan andai terjadi sesuatu kepada awak. Doktor sudah maklumkan yang awak akan pergi juga bila-bila masa dalam waktu terdekat tapi awak kuat dan masih bertahan. Dan perkara yang paling membuat saya terkilan adalah saya jauh. Saya tak ada bersama dengan awak disaat-saat begini. Saya mengambil masa untuk redha dan menerima dengan segala apa yang berlaku. Akhirnya saya kuat juga untuk hubungi mama papa dan menyatakan yang saya sangat bersyukur dan bahagia dengan kehadiran awak. Dan saya sangat berterima kasih sebab menjadi adik lelaki yang selalu saya inginkan. Sejurus selepas panggilan itu, awak pergi meninggalkan kami dengan aman. Selama ini saya mengelak untuk menghubungi awak kerana saya tidak dapat menerima hakikat bahawa awak akan pergi sedangkan saya berada jauh. Dan sekarang saya sedar awak kuat bertahan selama ini kerana awak menunggu saat ini. Saat dimana saya menghubungi awak untuk awak mengucapkan salam terakhir sebelum awak pergi. Saya gembira dan bersyukur kerana kita menamatkan ini dengan baik. Saya harap awak gembira tinggal bersama kami selama 18 tahun ini. Abang Wan UK2024 #kisahgora ? Do’aku – Haddad Alwi
Menerusi hantaran di TikTok, Haliza berada di samping Gora di saat akhir hayat kucing kesayangannya itu sambil membuat panggilan video bersama anak lelakinya, Zuhairi Syazwan.
Haliza yang mengusap lembut bahagian kepala Gora menangis melihat kucing kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhir secara perlahan-lahan di hadapannya.
Kedengaran juga tangisan Syazwan ketika melihat pemergian Gora menerusi skrin di telefon.
Difahamkan, kucing kepada Haliza itu mati akibat sakit tua kerana sudah pun berusia 18 tahun.
Coretan anak Haliza
Di ruangan kapsyen, Haliza turut berkongsi coretan yang ditulis anaknya mengenai pemergian kucing kesayangan mereka itu.
Menerusi coretan yang dibuat, Syazwan yang kini sedang melanjutkan pengajian di luar negara berkongsi momen sewaktu mereka mula menjaga Gora sekitar 18 tahun yang lalu.
Saya selalu menginginkan adik lelaki dan satu hari mama papa membawa awak pulang dan sejak itu awak menjadi adik lelaki saya.
Kita bermain, bergaduh dan bermanja bersama-sama dan habis awak menggigit dan mencakar saya. Kita selalu bermain kejar-kejar di rumah.
Waktu berlalu dan kita sendiri menjadi saksi kita membesar bersama-sama. Setiap kali ada pencapaian yang saya lakukan, saya tak pernah lupa untuk kongsikan dengan awak dan saya tahu awak berbangga dengan saya.
Dari saya bersekolah rendah sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading ataupun dari saya masih bujang sehinggalah saya berumah tangga, awak sentiasa menjadi saksi setiap detik perjalanan saya.
Tambah Syazwan, dia agak terkilan kerana tidak dapat berada bersama Gora di penghujung waktu kucing kesayangannya itu.
Doktor sudah maklumkan yang awak akan pergi juga bila-bila masa dalam waktu terdekat tapi awak kuat dan masih bertahan.
Dan perkara yang paling membuat saya terkilan adalah saya jauh. Saya tak ada bersama dengan awak disaat-saat begini.
Saya mengambil masa untuk reda dan menerima dengan segala apa yang berlaku. Akhirnya saya kuat juga untuk hubungi mama papa dan menyatakan yang saya sangat bersyukur dan bahagia dengan kehadiran awak.
Dan saya sangat berterima kasih sebab menjadi adik lelaki yang selalu saya inginkan.