[VIDEO] ‘Hari Ini Genap 7 Bulan Kami Kehilangan Anak Dalam Kandungan’ – Noh Salleh

Shopee Sale


Penyanyi Noh Salleh memaklumkan kepada umum tentang kematian anak sulungnya bersama isteri Fathin Athira.

Noh dan isteri reda

 

View this post on Instagram

A post shared by Noh Salleh | ? (@mohammadnohbinsalleh)

Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh memberitahu tentang perkara tersebut menerusi hantaran terbaharu di Instagram (IG) sebentar tadi.

Difahamkan bayi tersebut meninggal dunia tujuh bulan lalu ketika di dalam kandungan.

Hari ini 22 September 2024 adalah genap tujuh bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan.

Korang tak tau kan? Dalam struggle berjuang untuk Musa, kami juga struggle memastikan anak di dalam kandungan sihat, namun Tuhan jemput dia awal. Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain upgrade diri sebagai suami isteri.

Meskipun berdepan dengan pelbagai ujian, vokalis kumpulan Hujan tersebut dan isterinya reda dan bersyukur dengan kehadiran teman serta keluarga yang banyak membantu.

Walaupun perit nak melalui segala yang aneh-aneh, tapi kami bersyukur tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang sebab we fought a great battle dan menang. 

Beruntung kami dikelilingi orang-orang baik, teman-teman dan kaum keluarga yang tidak henti-henti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani ke mana-mana, awal pagi teman pergi kubur ketika kami benar-benar tidak stabil mental dan emosi. You know who you are.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Angin Kencang tersebut turut mendedahkan nama cahaya matanya itu.

Kami namakan anak kami Julian. InsyaAllah, semoga tuhan izinkan kami boleh berjumpa dengan dia nanti.

Posting ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri esok. Ulang tahun yang pertama tapi rasa macam dah 20 tahun sebab lalui macam-macam dah. True rock and roller.

Palestine pasti bebas.

Terdahulu, Noh dan Athira seolah-olah memberi bayangan bakal menimang zuriat pertama menerusi kapsyen pada hantaran di IG pada April lalu.

MENARIK:  Rasa Lega Yang Luar Biasa, Kerusi Urut Terhad Spider-Man GINTELL Bakal Jadi Tarikan Ramai

Imbas kembali, Noh selamat bernikah dengan Fatin Athira Mustapa atau Athira yang juga seorang peguam, pada 23 September 2023.

Noh sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka juga ada mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular