[VIDEO] Hasrat Kejar RM1 Juta Terhenti, Dayang Ku Iffah & Hafiz Zainal Tersingkir CSOIAM Minggu Ketiga

Shopee Sale


Dua peserta terpaksa akur dengan keputusan juri dan undian apabila diumumkan tersingkir selepas tiga minggu beraksi di pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM).

Gagal mara

oiam minggu ketiga

Susulan meraih markah dan undian rendah Dayang Ku Iffah dan Hafiz Zainal terpaksa melupakan impian mereka untuk melangkah ke minggu berikutnya.

Pada minggu ini Dayang Ku Iffah mendendangkan lagu Pencuri Hati manakala Hafiz mempersembahkan lagu Senyuman Ragamu dengan membawa tema Rasa Paling Indah.

Meskipun hasrat untuk mengejar hadiah utama RM1 juta tidak kesampaian, namun kedua peserta yang tersingkir telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan baik.

Ia dapat dilihat menerusi sorakkan hebat daripada para penonton yang bergema di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam.

Komen juri

" data-video-id="7456430209399524629">
@official Persembahan Hafiz Zainal malam ni sangat santai kawan ?????# #fyp #OIAM #oneinamillion #hafizzainal ? original sound – OHBULAN!

Walaupun gagal ke peringkat seterusnya, namun Dayang dan Hafiz telah memberikan persembahan terbaik mereka dan rata-rata juri telah memberikan komen yang membina.

Untuk info, keputusan mingguan ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian daripada penonton yang bermula pada episod kedua sehingga episod kelapan.

CSOIAM kali ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.

MENARIK:  [VIDEO] Usahawan Beri Ibu Lif Berharga Lebih RM80k Di Rumah – ‘Hadiah Hari Lahir Mak Akhirnya Siap’

Sementara itu, selebriti dan juri undangan pada minggu ini adalah Aina Abdul dan Ruffedge manakala Ernie Zakri sebagai juri jemputan.

Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.

Bagi undian pula, boleh ke http://www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular