Pelakon Wanna Ali akui sudah setahun mengenali hati budi seseorang dan mempunyai perancangan untuk bawa hubungan ke peringkat seterunya.
Ingin lelaki luar industri
Ketika ditemui , Wanna atau nama lengkap Nur Syazwana Mohd Ali mendedahkan lelaki terbabit bukan dalam kalangan industri seni.
Saya lebih prefer pasangan saya tidak berada dalam industri ini.
Pertama sekali, ciri-ciri yang saya suka pada dia sebab dominan.
Sepanjang hidup, saya sentiasa jadi kuat sama ada di rumah mahupun sedang bekerja. Tapi bila dengan dia, saya rasa tenang dan boleh jadi apa saja saya mahu.
Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, kedua-dua belah keluarga sudah saling mengenali sekali gus merestui hubungan mereka berdua.
Wanna berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis.
Detik pengenalan
Dalam pada itu, Wanna sempat berkongsi kisah awal pengenalannya bersama kekasih hati.
Dia datang tegur saya dulu.
Tapi masa itu saya tidak kenal dia, jadi saya jual mahal.
Cuma satu hari itu, saya buat keputusan untuk jumpa dia bersama rakan-rakan saya.
Dari awal pertemuan saya dapat rasa hubungan kami macam magnet.