[VIDEO] Hazrat Muaz Syukur Platform TikTok Bawa Tuah Berganda, Kini Bergelar Pelakon & Pengacara

Shopee Sale


Menurut Hazrat

Siapa sangka daripada memuat naik video secara suka-suka di aplikasi TikTok akhirnya memberi rezeki berganda buat pelakon baharu, Hazrat Muaz.

TikTok bawa tuah

Menurut Hazrat

Menurut Hazrat, selepas beberapa video yang dimuat naik menjadi tular, dia telah menerima tawaran berlakon membintangi beberapa buah drama dan mengacara program travelog, baru-baru ini.

Sebenarnya saya buat video tersebut secara suka-suka sahaja. Tak sangka pula video berkenaan mendapat sambutan hangat daripada pengguna sehingga mendapat jumlah tontonan yang tinggi disertakan komen peminat.

Bila video berkenaan ‘blow up’, ada beberapa tawaran berlakon datang. Saya pula memang meminati bidang ini sejak dahulu dan rasanya ini peluang terbaik untuk saya menceburi bidang seni seperti mana yang diimpikan sejak dahulu.

Meskipun masih baharu, jejaka berkulit cerah berusia 29 tahun ini teruja apabila dilamar untuk membintangi drama berjudul ‘Panggil Aku Dahlia’ terbitan Jaja Ishak Channel Sdn Bhd yang akan tamat penggambaran pada bulan ini.

Jelasnya, dia teruja membawakan watak bernama King Shah selain dapat bergandingan dengan nama besar seperti Datuk Seri Eizlan Yusof, Zila Bakarin, Azah Aziz, Lisdawati dan Raja Azmi.

Bukan mudah sebenarnya untuk orang baharu seperti saya menceburi bidang ini sementelah saya sendiri tiada pengalaman. Apa yang membanggakan tatkala mereka yang lebih senior memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya untuk menghidupkan watak yang diberi.

Memang saya menghormati sikap baik yang ditunjukkan mereka sepanjang penggambaran. Saya sendiri perlu membuang rasa malu dan kekok untuk memberikan hasil yang terbaik kepada produksi.

Terima banyak tawaran

Menurut Hazrat

Melanjutkan bicara, Hazrat yang juga perunding takaful berkata dia ada mengikuti kelas lakonan sebelum masuk ke set penggambaran dan mendapatkan khidmat beberapa orang guru lakonan termasuk Lan Siro dan Jaja Ishak.

Dengan ilmu yang diberikan, dia mula membina kepercayaan pihak produksi Jaja Ishak Channel Sdn Bhd yang merupakan penerbit pertama yang mengesan bakatnya.

Bukan mudah sebenarnya mahu membina kepercayaan orang kepada kita. Bila sudah dapat peluang, saya harus lakukan yang terbaik bagi membalas jasa mereka. Sebab itu saya suka berada di set penggambaran dan bercampur dengan pelakon senior.

Mereka tidak pernah lokek dengan ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama membantu orang baharu seperti saya untuk ke hadapan.

Dakan pada itu, anak kelahiran Pahang itu turut bersyukur kerana sudah dilamar untuk membintangi beberapa naskhah lain, antaranya telefilem Lafaz Yang Termakbul untuk RTM, Elhan Untuk Nian (Salam HD), Travelog Pahang First, Dokumentari Permata Tanjung Gahai dan beberapa lain.

MENARIK:  Kongsi Foto Keluar Makan Bersama Anak, Netizen Doa Nedim & Nora Danish Tak Jadi Cerai

Sebagai orang baharu, dia banyak mencari peluang termasuklah menghadiri pelbagai uji bakat yang dijalankan oleh pihak produksi. Tambahnya, pengalaman tersebut amat berguna meskipun ada kalanya pulang hampa.

Apabila menghadiri uji bakat, ada kala saya rasa begitu kerdil sekali. Pelakon yang lain datang membawa pengalaman sedangkan saya masih digelar orang baharu. Tapi itu membuatkan saya bersemangat untuk merebut peluang yang ada.

Tapi melalui uji bakat ini juga saya mendapat beberapa tawaran. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah. Saya hanya berusaha selebihnya saya serahkan kepada Yang Maha Kuasa.

Video

" data-video-id="7352366128976399623">
@hazratmuaz jom try duet dinda? #jajaishakchannel #bakathebatpahang #panggilakudahlia #hibahtakafulmampumilik #viralvideo ? bunyi asal – ABG LEGEND ?

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular