[VIDEO] Hi Malaysia! Boney M Bakal Gegarkan Mega Star Arena, 12 Januari Ini!

Shopee Sale


Kredit Foto: lofi.entertainment

Boney M, nama legenda sewaktu era irama disko telah bersedia untuk membawa kembali jalur muzik tersebut ke Malaysia sebagai sebahagian daripada sambutan jubli emas mereka.

Bakal menyanyi lagu-lagu hits

Kumpulan yang diketuai oleh anggota asal, Maizie Williams bakal memeriahkan Mega Star Arena, KL pada 12 Januari 2025 (Ahad), jam 8 malam. Konsert yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Front Row Entertainment selaku penganjur bersama bakal menyajikan peminat dengan pelbagai lagu-lagu yang menarik dan hits seperti “Daddy Cool”, “Sunny”, “Ma Baker”, “Rasputin”, “Hooray! Hooray! It’s a Holi-Holiday”, “Brown Girl In The Ring” dan banyak lagi yang menjadi ikutan ramai sejak 1970-an hingga kini masih digemari ramai.

Perjalanan kerjaya seni Boney M bermula apabila mendiang penerbit muzik Frank Farian menerbitkan lagu “Baby Do You Wanna Bump” dengan menggunakan nama samaran. Tanpa diduga lagu tersebut mendapat sambutan hangat hingga beliau menggupah seorang penghibur iaitu Maizie Williams untuk membuat penampilan secara langsung.

Menyertai Maizie Williams kemudiannya ialah Marica Barrett, Liz Mitchell dan mendiang Boby Farrell. Dari Eropah, gaya dan muzik Boney M terus menarik perhatian dunia hinggakan jualan album mereka memecah rekod dan berjaya mencatat nama sebagai penghibur tangga teratas.

Lima puluh tahun kemudian, Boney M masih lagi mempunyai tarikan setiap kali mengadakan konsert jelajah. Maizie Williams yang mengetuai persembahan tersebut mampu memikat penonton tanpa mengira usia dengan rangkaian lagu-lagu hits Boney M yang tidak jemu didengar, begitu energetik dan gerak tari yang menggetarkan.

MENARIK:  Naim Daniel ‘Sekolahkan’ Lelaki Ugut Bunuh Ibu Bapa Selama Tiga Jam – ‘Dia Buat Sebab Terikut Dengan Orang Lain’

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lo-Fi Entertainment (@lofi.entertainment)

Buat mereka yang mahu menyaksikan persembahan Boney M, tiket boleh didapati di http://www.ticketingtix.com dan http://www.frontrow.asia mulai 15 November 2024 (Jumaat), jam 12 tengah hari, dengan harga RM688 (VIP), RM438 (CAT 1), RM388 (CAT 2) dan RM188 (CAT 3), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4. Menurut penganjur tiket di Cat 3 telah habis dijual.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular