[VIDEO] Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah Abai Anak

Shopee Sale


abai anak

Hakim Mahkamah Seksyen Petaling Jaya hari ini mendakwa ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin mengabaikan anak mereka.

Mengaku tidak bersalah

" data-video-id="7379805354051374352" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@official

Kedua-dua suspek tiba di mahkamah # #trendingnewsmalaysia #kes #zaynrayyan #terkini #suspek #sampai

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Memetik laporan Berita Harian, pasangan suami isteri tersebut iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh sebentar tadi.

Pasangan yang berusia 29 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala ibu bapa Zayn diwakili oleh peguam masing-masing iaitu Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat.

Semasa prosiding kes yang berlangsung pada Rabu, Ismanira tidak membuat sebarang pengakuan malah hanya memberi keterangan kepada majistret.

Kemudian, datuk dan nenek kepada kanak-kanak tersebut turut ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Sebelum ini, Ismanira berkongsi di Facebook mengenai kehilangan anaknya ketika menaiki tangga ke rumah mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai selepas bermain di taman permainan kawasan tersebut, 5 Disember lalu.

MENARIK:  Keselesaan Tandas Pelajar: HAK atau KEPERLUAN?

Pada 7 Disember, mayat Zayn Rayyan yang merupakan anak istimewa itu ditemui di aliran sungai berdekatan blok rumahnya. Mangsa disyaki dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di lokasi kejadian. Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa.

Terdahulu, tempoh penahanan reman ibu bapa Zayn Rayyan telah disambung selama enam hari sehingga 13 Jun ini. Pasangan suami isteri itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular