[VIDEO] ‘Ibu Pernah Dicek*k Kawan Sendiri Yang Kena Rasuk, Tapi Dia Sempat Larikan Diri Bawa Saya’ – Diana Danielle

Shopee Sale


Pelakon Diana Danielle berkongsi kisah seram apabila dia berdepan gangguan mistik angkara perbuatan sihir individu yang mempunyai hasad dengki terhadap perniagaan ibunya.

Masuk rumah jiran

Menerusi podcast ‘Sembang Seram’ bersama Safwan Nazri, isteri kepada aktor Farid Kamil ini berkata, dia pernah diganggu entiti menyerupai ulat bulu dan toyol sewaktu usianya masih kecil.

Jarang orang tanya dekat saya pengalaman seram. Saya ingat, ibu saya sering dirasuk. Ibu saya akan bertukar perangai. Suara dan tingkah laku jadi lain. Ada ustaz datang.

Benda ni dah jadi macam rutin. Pokok yang besar pernah tumbang depan kami. Saya rasa seram dan trauma. Mungkin ada orang dengki. Mereka hantar dekat salah orang juga, sebab pembantu peribadi mak saya kena teruk.

Lagi satu saya pernah mimpi ada ulat bulu dekat lantai karpet. Bila saya terjaga, ulat itu betul-betul ada dan bergerak keluar daripada karpet sampai penuh satu bilik. Lembaga berupa toyol pula terbang mengelilingi saya.

Menurut Diana, pada masa itu tiada siapa yang nampak apa yang dilihat olehnya. Lebih ngeri, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui bahawa dia pernah berdepan detik cemas apabila nyawanya hampir melayang selepas diserang rakan ibunya yang dirasuk.

Hantu-hantu ini dihantar macam nak ganggu minda, orang lain cuba selamatkan saya tapi mereka tak nampak apa yang saya nampak.

Ibu saya pernah dicekik kawan sendiri yang kena rasuk, tapi dia sempat larikan diri. Kemudian, kawan dia pula cari dan cekik saya. Ibu saya tolak saya pergi belakang dia dan kami masa itu memang dah dekat sangat dengan tingkap.

Masa mereka tengah bergelut, saya hampir terjatuh sebab hanya berpaut pada leher ibu saya, mujur ada orang datang bantu kami.

Berbicara lebih lanjut, Diana mengakui dia kini lebih berhati-hati selepas melalui pengalaman seram seperti itu. Ujar Diana, dia lebih menjaga diri ketika berada di lokasi penggambaran.

Saya akan cakap datang sini nak bekerja. Tak sentuh apa-apa barang. Saya akan cakap nak balik ke keluarga jangan ikut. Kita ibarat masuk kawasan orang, kena jaga adab. Itu pantang. Perlindungan bukan sekadar untuk jin sahaja tetapi untuk binatang liar juga.

MENARIK:  ‘Bukan Bini Baru, Dia Adalah Kakak Kandung Saya’ – Andika Putera

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular