[VIDEO] ‘Impian Dapatkan Oscar Tak Mustahil, Tapi Jangan Perkecilkan Anugerah Tempatan..Itu Tak Adil’ – Naim Daniel

Shopee Sale


Aktor dan penyanyi Naim Daniel memberi pendapat berhubung isu pelakon baharu yang memasang impian untuk memenangi Anugerah Akademi (Oscar).

Jangan kecilkan impian

Ketika ditemui , Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, tidak salah andai mana-mana pelakon berhasrat ingin menggenggam trofi berprestij itu.

Bagi saya, tak baik kalau kita memperkecilkan impian orang walaupun perkara itu nampak mustahil. Benda-benda itu sebenarnya tidak mustahil. Mungkin orang kata mimpi itu percuma, tapi kalau tidak ada benda itu siapa lagi nak bermimpi.

Bagi saya okay saja. Saya berdoa setiap hari untuk tidak rasa macam usaha orang lain tu kecil bila sudah jadi otai suatu hari nanti.

Menurut aktor berusia 27 tahun itu, setiap individu yang bergelar anak seni haruslah diberikan peluang untuk mengejar impian mereka hingga berjaya di persada antarabangsa.

Tak kisahlah pendatang baharu atau lama, kita raikan saja. Saya percaya setiap selebriti populariti mereka akan habis mengikut perubahan zaman. Saya pun nak kalau saya berpeluang untuk pergi Oscar.

Kena beri mereka peluang. Bagi saya orang yang ada impian itu, orang yang ada tujuan daripada orang yang hanya ikut saja arus itu.

Naim berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharu kumpulan MUAH! yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Hargai setiap anugerah

Walau bagaimanapun, Naim menegaskan, untuk melayakkan diri ke peringkat antarabangsa ianya perlulah sepadan dengan usaha keras masing-masing dan bukan hanya angan semata-mata.

Tapi kalau dia pertikaikan ‘legit’ atau tidak anugerah itu, pandangan saya berbeza pula. Itu juga terletak pada cara kerja jugalah. Untuk orang kenal dia, dia kena tahu dia buat apa. Masa itulah dia boleh letak impian yang tinggi.

Datuk Seri Siti Nurhaliza pun dah menang banyak anugerah di peringkat negara dan Asia tapi dia tahu nilai dia.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Adakah Kau Menungguku itu juga sama sekali tidak bersetuju andai anugerah seni tempatan diperkecilkan.

Itu bukan sahaja memperkecilkan impian orang, tapi dia sudah memperkecilkan usaha mereka di sini juga. Jangan perkecilkan anugerah-anugerah di sini. Itu tidak adil.

Apa pun saya harap masyarakat dan artis senior sentiasa bagi sokongan yang baik kepada mereka yang berimpian tinggi. Mereka buat itu untuk negara kita juga sebab pasaran industri di sini kecil.

Untuk info, Naim baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Best Actor In A Leading Role untuk siri Astro Originals, I.D di Asian Academy Creative Awards 2024.

MENARIK:  Hawa Rizwana Hidap Bulimia Sejak Sekolah, Sensitif Isu Berat Badan – ‘Saya Makan & Muntahkan’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular