Pempengaruh, Imran Bard baru-baru ini tampil dengan imej rambutnya yang berwarna putih.
Minta izin ibu bapa
? original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Imran berkongsi terdapat warganet yang kurang senang dengan penampilan terbaharunya itu.
Menurut Imran, dia terlebih dahulu meminta izin ibu bapanya sebelum mewarnakan rambut.
Ada orang tanya aku, mak bapa tak marah ke warnakan rambut? Sudah semestinya aku sudah minta izin mereka dahulu.
Ibu kata,’kau sebelum nak buat benda yang bukan-bukan pastikan benda itu boleh bawa sembahyang, kalau nak warna rambut cari yang wudhuk friendly.’
Tapi bleach rambut ni tak perlu warna pun, cuma lunturkan warna hitam itu sahaja.
Pemilik nama Muhammad Al Imran Badaruddin itu berkata, ibu bapanya tidak memberi respons negatif selepas melihat hasil rambutnya.
Aku tunjuk rambut dekat dia dan dia kata okay. Cuma dia tanya kenapa rambut tak warna perang kenapa warna macam uban.
Tapi mak ayah aku okay sahaja, sudah semestinya aku minta restu dulu sebelum aku buat.
Kalau tak masa aku buat blonde bernanah kepala aku.
Musibah apa? Mak bapak aku dekat kampung pun tu pun okay, kau apa hal?