[VIDEO] Ina Naim Terkenang Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad – ‘Selama Ini Yang Menjaga Kalian Bukan Saya, Tapi Allah’

Shopee Sale


ina

Balu kepada bekas anggota kumpulan In-Team Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim terkenang akan memori bersama arwah dan berkongsi tentang perkara tersebut kepada pengikutnya di media sosial.

Pesan Suhaimi Saad

ina

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim berkongsi antara momen terakhir bersama arwah Suhaimi.

Rasa sedih dan terkilan. Kali terakhir saya cakap dengan dia, ‘siapa nak jaga kami nanti?’.

Dia kata, ‘selama ini yang menjaga bukan abang (Suhaimi) tapi Allah’.

Keyakinan yang ditunjukkan oleh arwah Suhaimi terhadap Allah SWT telah membuatkan Ina berasa kuat untuk menjalani kehidupan meskipun selepas kematian penyanyi itu.

Saya tersentak dengar dia cakap begitu tetapi memang betul, yang menjaga kita bukanlah pasangan kita, ibu bapa atau anak-anak tapi Allah. Jadi berbalik kepada Allah.

Bila dia kata begitu, saya rasa kuat dan saya yakin. Rezeki pun Allah bagi, semuanya Allah.

Menurut Ina, Suhaimi tidak pernah sama sekali melupakan Allah SWT dalam apa juga urusannya. Justeru itu, Ina menjadi tabah dan tidak terlalu meratapi kematian suaminya.

Suhaimi tu kalau sembang dengan dia semuanya tentang Allah. Sebab tu dia tak letakkan saya sebagai orang yang paling dia sayang. Saya orang yang ketiga selepas Allah dan Rasulullah SAW.

Bila dia sudah tiada, saya tak rasa terlalu sedih atau menghayati pemergian arwah, sebab semua Allah punya.

Nanti kita pun begitu dan mintalah pada Allah untuk mempermudahkan urusan kematian kita. Sebab kita tak tahu kita meninggal macam mana.

Terdahulu, kesihatan Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad dilaporkan merudum sejak awal Oktober tahun lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).

MENARIK:  Bapa Anzalna Nasir Terkejut Dizalimi Selepas Kontrak Sebagai CEO Finas Ditamatkan

Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.40 petang pada 15 November di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

" data-video-id="7369693843685477640" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@bunga_cumil

Yang jaga kita, Allah SWT @inasuhaimi78 #sampaisyurga??

? Seruling Sholawat Jibril – vmozjr

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular