Individu yang mengerjakan ibadah umrah difahamkan menemui ajal ketika mencium Hajar Aswad.
Suami meninggal dipijak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang isteri dilihat terduduk menangis apabila suaminya disahkan meninggal dunia di Tanah Suci.
Difahamkan, arwah dipijak semasa berpusu-pusu untuk mencium Hajar Aswad.
Ibu ini menangis histeria kerana suaminya meninggal dipijak ketika cium Hajar Aswad.
Jangan memudaratkan diri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan insiden yang terjadi. Selain itu, warganet juga menitip pesanan untuk tidak memudaratkan diri dan hanya lakukan rukun wajib sahaja.