Pempengaruh yang juga merupakan adik kepada Siti Jamumall iaitu Uci Luna mencuri perhatian apabila berkongsi momennya yang gagal mendaftar sijil kelahiran anaknya yang baru lahir. Alamak kenapa pula itu?
Tak ada sijil nikah
Menerusi hantaran di TikTok, Uci atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Shukri berkata, dia gagal berbuat demikian ketika hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah kerana tidak mempunyai sijil nikah.
Kalau nak tahu, kami tak boleh nak daftar sijil lahir anak sebab kami tak ada sijil nikah.
Sah ke tak kami nikah ini? Mestilah sah dah daftar untuk kahwin di Malaysia dah pun cuma kami belum ambil sijil dan juga kad nikah lagi.
Sebab itulah kami tak boleh daftar untuk dapatkan sijil lahir anak. Sijil nikah yang kami ada sekarang ini pun yang dapat daripada masjid itu sajalah.
Menurut Uci, dia masih boleh mendaftar untuk mendapatkan sijil kelahiran anaknya tanpa sijil nikah sekiranya hadir berbuat demikian bersama isterinya, Ema.
Saya ke JPN nak buat sijil dan daftar nama anak dan sebagainya tapi tak boleh nak buatlah kan.
Pegawai kata kalau nak buat juga (tanpa sijil nikah) itu boleh tapi kena datang berdua dengan isteri.
Tapi masalahnya Ema (isteri) tengah dalam pantang.
Walau bagaimanapun, Uci meluahkan rasa syukur kerana proses untuk mendaftar sijil kelahiran anaknya boleh dibuat dalam masa 6o hari selepas dilahirkan.
Kami dah kahwin nak dekat setahun dah dan 19 Julai ini merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan kami, tapi masih tak ada sijil nikah.
Tapi Allhamdulillah, pihak JPN kata kami boleh daftar sijil lahir anak itu dalam tempoh masa 6o hari.