[VIDEO] ‘Ini Masalah Peribadi Mereka, Kenapa Nak Buang Masa Polis & SKMM Untuk Siasat Isu Ini’ – Peguam

Shopee Sale


Peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor tampil mengulas mengenai beberapa kenyataan yang meminta individu terpalit kontroversi menerusi siri pendedahan wanita Singapura dikenali sebagai Sarah Yasmine agar membuat laporan polis.

Bukan isu negara

Menurut Aminahtul, jangan menjadikan isu curang itu masalah antara dua negara kerana ia membabitkan sikap individu.

Saya nak berkongsi dengan anda tadi saya dengar beberapa individu mengeluarkan kenyataan kepada media meminta untuk mana-mana individu yang terlibat dan terpalit dengan pendedahan Sarah Yasmine untuk membuat laporan polis ke atas Sarah Yasmine. Ada juga isu menyatakan bahawa jangan ‘you orang Singapura, balik Singapura selesaikan masalah ni di Singapura. Jangan mengaibkan artis-artis di Malaysia’.

Saya hanya menyentuh isu undang-undang tetapi kena faham ini bukan isu negara. Tak ada kaitan langsung antara Malaysia dan Singapura. Ini masalah perangai. Curang bukan masalah negara. Yang kedua, bila anda buat laporan polis, saya akan terangkan apa yang akan berlaku apabila laporan polis dibuat.

Contohnya di bawah fitnah ataupun di bawah seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia. Apabila laporan polis dibuat, telefon yang digunakan oleh Sarah Yasmine untuk screenshot dan muat naik di Instagram akan dirampas.

Pihak polis akan hantar kepada forensik untuk ekstrak semua keluar. Kena tengok daripada mana punca, Metadatanya daripada mana dapat. Betulkah screenshot itu daripada telefon Sarah Yasmine sendiri. Betulkah ia sekadar simpanan peribadi atau ada tak sumber lain yang menghantar maklumat kepadanya dan digunakan untuk muat naik di Instagram.

Menerusi hantaran video di TikTok, Aminahtul juga menjelaskan kedudukan isu tersebut dari sudut undang-undang.

Semua akan disiasat. Kalau ada laporan polis dibuat. Soalan saya sekarang, bolehkah dia jatuh di bawah seksyen 500 kanun keseksaan iaitu fitnah? Bolehkah dia jatuh di bawah seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia yang menyatakan bahawa sesiapa yang menggunakan media sosial untuk memberikan hantaran lucah jelik, mengancam ataupun menyakitkan hati orang lain yang palsu you kena tengok dalam seksyen 233 dan seksyen 500 ada elemen yang perlu dipenuhi sebelum satu pertuduhan dapat dibuat.

Kenapa kita nak buang masa polis Malaysia, nak buang masa SKMM untuk siasat isu yang didedahkan oleh Sarah Yasmine ini. Kenapa kita nak buang masa sedangkan banyak lagi kes jenayah yang perlu disiasat oleh kedua-dua jabatan ini. Ini masalah peribadi mereka.

Orang yang sepatutnya dipersalahkan ialah orang yang memulakan hubungan ini. Mereka-mereka yang lain yang mungkin betul-betul terlibat dengan Aliff Aziz ini sesuatu yang perlu kami fikirkan balik. Perbuatan anda mencemarkan nama baik sendiri.

Pelakon dan penkarya yang bagus diberi untuk berlakon, diberikan rezeki untuk berlakon, jaga rezeki tersebut. Bukan dengan mengambil kesempatan cinta lokasi, menjadi teman pendengar setialah. Anda perlu tahu batas. Perkara seperti ini anda tidak patut melibatkan diri. Melibatkan pihak polis dan SKMM merupakan satu langkah pembaziran ‘resources’.

Video

MENARIK:  ‘Jangan Pandang Rendah Pada Mereka Yang Lama Pendam & Mendiamkan Diri’ – Ruhainies
" data-video-id="7363590951463423249" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@aminahtulmardiah

Sarah Yasmine dan Alif Aziz. #lawyer #learnontiktok #tiktokguru

? original sound – AminahtulMardiah (min) – AminahtulMardiah (min)

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular