Isu menyondol tidak lagi asing dan sering didengari di kalangan selebriti mahupun orang awam di luar sana.
Elak mesra dengan suami orang
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, dia menjaga batas pergaulan antara pelakon lelaki yang berstatus suami.
Saya memang betul-betul jaga.
Kalau pelakon lelaki lagi-lagi sudah beristeri, saya akan friend zone kan terus.
Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada cahaya mata perempuan itu akui memiliki personaliti yang kasar.
Perempuan mahal
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pelakon berusia 27 tahun itu yang menjaga maruah seorang wanita dan isteri.