[VIDEO] Ira Kazar Kongsi Keadaan Selepas Menjanda, Beri ‘Hint’ Bakal Bergelar Penyanyi? – ‘Saya Banyak Buat Review Produk’

Shopee Sale


Bekas isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkongsi keadaan terkini selepas sah bercerai dengan pengarah itu pada 5 September lalu.

‘Semuanya okay’

Ketika ditemui , Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkata, dia kini berada dalam keadaan yang baik setelah bergelar solo.

Alhamdulillah, semuanya okay saja.

Tambah anak kepada pelakon Kazar Saisi itu lagi, dia juga menerima banyak tawaran untuk melakukan ‘review’ produk di media sosial.

Bukan itu sahaja, dia juga ada menerima tawaran untuk menjadi penyanyi.

Ketika ini saya ada juga ambil ‘job’ sikit-sikit, pergi ‘shooting’ dan ambil ‘review’.

Tawaran berlakon tiada tapi tawaran untuk menyanyi itu adalah.

Insya-Allah, mungkin (ada rezeki keluarkan single).

Ira berkongsi perkara tersebut di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada petang Rabu.

‘Betul ke saya makin cantik?’

Sementara itu, ketika ditanya mengenai komen netizen yang mengatakan dirinya makin cantik setelah bergelar solo, Ira hanya tersenyum sambil menitipkan ucapan terima kasih.

Betul kah saya makin cantik? Saya tiada komen mengenai itu.

Cuma, terima kasih atas komen tersebut. Alhamdulillah.

Terdahulu, Ira hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi prosiding tuntutan kos kehadiran daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Syamsul dan Ira kemudiannya disahkan bercerai oleh mahkamah pada hari yang sama.

MENARIK:  [VIDEO] Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah Abai Anak

Menurut peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

Imbas kembali, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu atas sebab tiada persefahaman.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular