[VIDEO] Ismail Izani Sedih Ibu Bapa Berpisah, Galas Tanggungjawab Anak Lelaki Tunggal – ‘Setiap Perkara Yang Berlaku Mesti Ada Sebabnya’

Shopee Sale


Penyanyi Ismail Izzani mengakui perpisahan ibu bapanya iaitu Datuk Zainal Nazeri dan Suliza Salam memberi kesan terhadapnya.

Beri sokongan kepada keluarga

Ketika ditemui , Ismail atau nama lengkapnya Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata, dia tetap membahagikan kasih sayang yang sama rata terhadap ibu bapanya.

Yang terlintas adalah mama..dengan semua perkara yang saya lalui memang berat dan susah untuk saya sendiri menerimanya.

Tetapi setiap perkara berlaku mesti ada sebabnya. Dalam masa dua tahun ini saya luangkan masa dengan bapa juga.

Difahamkan kedua ibu bapanya sudah berpisah dua tahun lalu namun tidak mendedahkan tentang berita perceraian mereka.

Mengakui bukan mudah untuk mengadapi ujian perceraian ibu bapa, pelantun lagu Luar Biasa itu bagaimanapun tetap menghormati keputusan mereka.

Bagi saya, ianya adalah satu perkara yang berat juga. Saya pun sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak berkongsi tentang perkara tersebut kepada umum tetapi saya tetap sayangkan mereka dan keputusan juga ditangan mereka.

Sedih memang sedih, sudah semestinya saya rindu dengan suasana raya.

Ismail berkata demikian ketika ditemui pada majlis tandatangan peminat bagi pelancaran lagu terbaharunya yang berlangsung di The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada Selasa.

Walau bagaimanapun, Ismail tetap menggalas tanggungjawab sebagai satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga tersebut dengan memberi sokongan kepada ibu dan dua orang kakaknya.

Perubahan yang berlaku agak berat tapi bagi saya, sebagai seorang dewasa saya kena terima daripada menjadi seorang yang beremosi sebab saya perlu menyokong ibu dan adik-beradik saya, saya seorang sahaja anak lelaki di dalam keluarga.

Selepas berlaku perpisahan, saya bertanggungjawab untuk memastikan ibu dan adik beradik saya berada di dalam keadaan yang okay.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 24 tahun tersebut memaklumkan bahawa dia kini tinggal berdekatan dengan ibunya meskipun tidak sebumbung.

MENARIK:  Khairul Aming Berjaya Kuruskan Badan Dari Saiz XXL Ke L, Netizen Respon – ‘Dia Masak Sedap Lepastu Orang Lain Makan’

Dalam perkembangan lain, Ismail baru sahaja melancarkan single terbaharunya yang berjudul Iman selepas dua tahun menyepi dari karier nyanyian. Lagu tersebut merupakan hasil karya penyanyi rap terkenal Joe Flizzow berrsama SonaOne, Alexender Oghenetejiri dan Deekid.

Sekadar info, Suliza yang juga seorang penyanyi era 1980-an mendirikan rumah tangga bersama Datuk Zainal Nazeri Zainuddin yang merupakan ahli perniagaan pada 11 Januari 1991 dan dikurniakan tiga orang zuriat.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular