[VIDEO] Isteri Mengidam Ais Batu, Fizi Ali Beli Setiap Hari – ‘Suka Hatilah Sayang, Janji Awak Happy’

Shopee Sale


fizi

Rata-rata wanita hamil akan mengalami fasa mengidam termasuk isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha.

Hari-hari mengidam

fizi

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin mendedahkan bahawa isterinya gemar mengunyah ais batu.

Kata penyampai radio berusia 37 tahun, dia akan membeli ais setiap hari demi memenuhi keinginan isterinya

Yang mengandung tu mesti ada rasa mengidam, tapi orang rumah saya mengidam ini (ais batu).

Tengok la perangai dia ni, dia punya mengidam tu lain macam.

Hari-hari kena ada ini ais batu, ini sekali hadap je boleh habis.

Patah gigi! Suka hati la sayang, janji awak happy.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mengidam ketika hamil.

Dalam masa yang sama, mereka juga menasihati Zulaikha untuk tidak mengambil makanan sejuk terlalu kerap kerana bimbang akan memberi kesan kepada kandungan.

Sekadar nasihat, jangan kerap ambil makanan/minuman sejuk masa mengandung. Takut anak nanti dapat asma.

Jangan makan terlalu kerap dan control mengidam tu.

Jangan amalkan, nanti bersalin cramp satu badan.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instgram (IG), Fizi mengumumkan tentang kehamilan isterinya namun tidak menyatakan usia kandungan tersebut.

Untuk info, Fizi menamatkan zaman duda dengan mendirikan rumah tangga bersama Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

MENARIK:  Opie Zami Luruh Jiwa Mengarah Bapa Sendiri – ‘Goyang Lutut Saya Tau, Nak Sebut Action Pun Takut’

Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

" data-video-id="7359871464029310226" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@fiziali

kalau tak bagi BARANG ni muncung sampai boleh gantung hanger weyy..macam korang ada tak mengidam yang pelik2 bila mengandung?

? original sound – Fizi Ali – Fizi Ali

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular