[VIDEO] ‘Jangan Main Sentimen Tidak Beri Nafkah, Kereta Range Rover Bukan Hadiah’ – Fattah Amin

Shopee Sale


Selain daripada dakwaan berlaku curang, pelakon Fattah Amin juga dikatakan culas memberi nafkah kepada aktres, Fazura dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Nafi culas jalan tanggungjawab

Ketika ditemui , Fattah menyangkal dakwaan tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah keluarga.

Tegas Fattah, 34, dia mempunyai bukti penyata bank yang menunjukkan pengeluaran duit untuk keluarga.

Saya nafikan semua dakwaan dia. Jangan main sentimen tidak beri nafkah, saya ada bukti ke mana wang saya dikeluarkan.

Mungkin dia rasa tidak cukup untuk dia, tapi jangan cakap saya tak bagi nafkah.

Nafkah seperti mana kita semua tahu, nafkah adalah perkara asas setakat mana ikut kemampuan.

Fattah berkongsi perkara tersebut sejurus selepas sah bercerai, hari ini, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Kereta ‘Range Rover’ bukan hadiah

Dalam pada itu, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin menekankan kereta Range Rover bukan pemberian hadiah seperti didakwa Fazura.

Sebaliknya, kereta mewah tersebut diberikan oleh syarikat yang menjadi tempat dirinya bekerja.

Kereta Range Rover dihadiahkan kepada saya? Salah! (bukan hadiah). (Kereta) Itu adalah daripada syarikat kerana saya bekerja dengan syarikat Fazura.

Semua orang tahu saya bekerja dengan syarikatnya. Gaji saya ditolak untuk bayar kereta itu.

Janganlah ungkit perkara tidak sepatutnya.

Terdahulu, Fattah dan Fazura dah bercerai talak satu sekitar pujul 9.45 pagi pada Isnin.

MENARIK:  Aretoy Tunai Nazar Botak Kepala Selepas Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir MLS4

Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular