[VIDEO] Janna Nick Berkongsi Cara-cara Untuk Hamil, Termasuk Mengambil Pelbagai Jenis Suplemen

Shopee Sale


janna dini-2

Pelakon dan pengacara Janna Nick reda apabila belum lagi dikurniakan rezeki anak selepas lapan bulan bernikah dengan aktor, Dini Schatzmann.

Buat masa Dini tidur

Janna tak hamil

Menerusi perkongsian video di TikTok, Janna dilihat melakukan ujian kehamilan (pregnancy test) selepas terjaga dari tidur jam 4 pagi.

Kata Janna, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk hamil namun hasratnya untuk bergelar ibu belum kesampaian lagi.

Terbangun tidur 4 pagi, jadi saya buat keputusan untuk buat ujian kehamilan. Buat masa Dini tidur… jadi dia tak nampak saya tertekan. Harapnya  tak ‘kecewa lagi’. Penat dah berharap.

Doa selagi mampu sebab memang teringin sangat. Gementar setiap kali nak semak keputusan. Berharap dapat ‘dua line’ boleh buat kejutan pada Dini. Baru nampak result, pelik sebab dah cuba bermacam cara. Kena paksa diri untuk terima ‘belum rezeki.’

Badan berisi

janna nak anak

Dalam pada itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner turut menjawab pertanyaan netizen yang ingin mengetahui sama ada dia sedang mengandung atau tidak kerana tubuh badannya agak berisi.

Jawab pelakon filem Jemputan Ke Neraka, dia makin berisi disebabkan kurang pergerakan kerana bimbang sukar untuk ‘melekat’.

Katanya, dia terpaksa berkorban melakukan aktiviti senaman kegemarannya seperti yoga, sauna dan senaman berat selain sudah mengamalkan pelbagai suplemen.

Dah masuk fasa psiko dah. Jawapan bagi soalan: badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lekat. Korban segala aktiviti yang saya suka… Yoga, sauna, senaman berat, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rehat.

Makan segala jenis suplemen sampai muka naik jerawat-jerawat besar. Mula psiko bila setiap bulan semua benda saya rasa simptom mengandung. Overanalyze!

Tolong ambil perhatian, proses kehamilan tak mudah. Saya faham… Saya terima takdir dan tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama sama berjuang dan menanti akan dapat baby yang comel.

Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini pada 10 Jun tahun lalu.

MENARIK:  Fara Salleh Selar Kenyataan Rakan Shuk Sahar & Iqram Dinzly – ‘Geram Macam Mana Pun Kau Tak Ada Hak Nak Masuk Campur’

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular