[VIDEO] Jasmine Suraya Berdepan Detik Cemas Akibat Kebakaran Hutan Di Los Angeles – ‘Saya Naik Ke Bumbung Periksa Keadaan’

Shopee Sale


Pelakon Jasmine Suraya berdepan dengan detik cemas berikutan berlaku kebakaran hutan berdekatan kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Detik cemas

 

View this post on Instagram

A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya)

Menerusi hantaran di Instagram, Jasmine atau nama lengkapnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei berkata, dia perlu memanjat bumbung rumahnya untuk melihat insiden yang berlaku itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, aktres berusia 36 tahun itu sudah meninggalkan kediamannya dengan membawa beberapa barang keperluan.

Inilah Ranyon Canyon, hanya 10 minit jarak perjalanan jika memandu dari rumah saya.

Saya naik ke bahagian bumbung untuk memeriksa situasi yang berlaku. Macam tak percaya kejadian ini akan terjadi di depan mata saya.

Saya baru sahaja mengemas semua barang keperluan untuk langkah berjaga-jaga.

Ramai risaukan Jasmine

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet meluahkan kerisauan mereka terhadap pelakon filem Paskal tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar dia selamat dan menasihatiya supaya sentiasa berhati-hati.

Untuk info, kebakaran hutan tersebut berlaku sejak Selasa lalu dan telah meragut lima nyawa selain memusnahkan bangunan dan kediaman penduduk.

MENARIK:  Nora Ariffin Mengungkapkan Pengalaman Susah Hidup: ‘Kalau Johan Masih Ada, Bukan Ini Yang Dia Nak Saya Buat’ - Nora Ariffin

Difahamkan kira-kira 7,000 orang juga telah diarahkan untuk berpindah.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular