[VIDEO] Jenazah Pyanhabib Rahman Selamat Dikebumikan

Shopee Sale


Jenazah Allayarham Pyanhabib Rahman, 66, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada jam 11:25 pagi tadi.

Jenazah Pyanhabib selamat dikebumi

Selain ahli keluarga dan sanak-saudara, upacara pengebumian itu turut dihadiri beberapa rakan selebriti serta peminat.

Antara selebriti yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir ialah Farid Kamil, Amerul Affendi, Datuk M Nasir, Datuk Tarmimi Sarigar, Uji Rashid serta beberapa lain lagi.

Terdahulu, jenazah telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid As-Sobirin, Keramat AU4, Kuala Lumpur.

Terdahulu, pelakon dan penyair, Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, pada Selasa malam.

Berita pemergian seniman itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Selangor iaitu Mohd Najwan Halimi.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua seminggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-66 tahun.

MENARIK:  Ellie Suriaty Terbuka Hati Untuk Kahwin Lagi – ‘Saya Suka Alam Perkahwinan’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular