[VIDEO] Jovian Mandagie Henti Sementara Perusahaan Selepas 17 Tahun Beroperasi, Akan Buat ‘Clearance Sale’ Untuk Pelanggan

Shopee Sale


Jenama fesyen terkenal negara, Jovian secara duka citanya bakal menghentikan perusahaannya selepas hampir 17 tahun beroperasi dalam industri fesyen.

Henti sementara

Berita tersebut diumumkan oleh pengasas Jovian sendiri iaitu Datuk Jovian Mandagie menerusi satu hantaran di Instagram Story (IG).

Sepanjang 17 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen bersama jenama Jovian, saya mendapat banyak peluang untuk menghasilkan fesyen buat golongan elit dan diraja di seluruh dunia.

Namun, seiring dengan berjalannya waktu, saya menyedari bahawa saya perlukan perubahan untuk meneroka perkara yang benar-benar mendorong saya.

Industri fesyen semakin berkembang, begitu juga dengan saya yang beralih daripada pereka fesyen kepada ahli perniagaan.

Dengan ini, saya telah memutuskan untuk menutup sementara perusahaan Jovian dan saya akan berbuat demikian dalam masa dua minggu.

Sehubungan dengan itu, pereka fesyen berusia 37 tahun ini akan mengadakan ‘clearance sale’ sebagai tanda penghargaan buat para pelanggan setia jenama pereka fesyen tersebut sebelum ini.

Saya ingin menjemput anda membeli belah dengan jenama kami buat kali terakhir sebelum kami membuat penutupan.

Sokongan anda sepanjang 17 tahun merupakan hadiah terhebat kepada jenama Jovian.

Dalam pada itu, Jovian tidak tolak kemungkinan bahawa jenama fesyen miliknya akan kembali mewarnai industri fesyen negara satu hari nanti.

Adakah kita akan kembali? Sudah tentu (akan kembali) dengan ‘comeback’ yang lebih besar dan bagus, insya-Allah.

Doakan kami dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat dengan perusahaan jenama Jovian.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Rayke Mandagie (@jmandagie)

MENARIK:  ‘Tonton Dulu Baru Dengar Komen Orang Lain, Kalau Tidak Tak Adil’ – Awie

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular