[VIDEO] Kak KM Sebak Kenang Jasa Ibu Mentua, Tak Pernah Berkira Fasal Duit – ‘Peti Ais & Aircond Semua Dia Bayar’

Shopee Sale


Usahawan dan personaliti media sosial, Kak KM sebak mengenang jasa ibu mentua sehingga ibu kandungnya, Normah Damanhuri iri hati.

Zaman susah

" data-video-id="7452278077364636946">
@dmnbitch3ss Replying to @waniesyam ? original sound – >

Menerusi hantaran potongan klip dari siaran langsung TikTok, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli berkongsi kisah awal perkahwinannya bersama suami, Razman Razli.

Ujarnya, ibu mentua sanggup berhutang demi keselasaannya semasa waktu mengandung.

Mak mentua aku memang baik.

Waktu kami susah, dia datang rumah, dia pergi dapur tengok tiada apa.

Dia terus bawak aku pergi beli peti ais.

Selepas itu, aku mengandung. Aku asyik berpeluh je.

Dia datang usap kepala aku. Dia cakap nak beli aircond walaupun terpaksa berhutang.

Pada perkongsian tersebut, Kak KM dilihat tidak dapat menahan sebak mengenang jasa ibu mentua yang banyak memudahkan urusannya.

Rezeki dapat mentua baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Kak KM yang mengenang budi dan tidak berkira pada ahli keluarga. Selain itu, warganet juga cemburu dengan rezeki ibu kepada empat orang cahaya mata itu yang memiliki ibu mentua penyayang.

MENARIK:  ADHD Bukan Penghalang Remaja 19 Tahun Datang Uji Bakat Calpis Soda One In A Million

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular