[VIDEO] Kakak Dedah Punca Ella Suka Libas Rambut Atas Pentas – ‘Sebenarnya Dia Rasa Tak Lawa’

Shopee Sale


ella libas

Sememangnya ramai yang mengetahui bahawa ratu rock negara, Ella gemar melibaskan rambutnya ketika membuat persembahan.

Namun ada sebab mengapa Ella melakukan rambutnya seperti itu.

Rahsia Ella

" data-video-id="7373288704464456967" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@ellaaminuddins

Jojie bongkar rahsia kenapa Ella suka libas-linas rambut dulu. Dengarkan episode penuh di YouTube Ella Rasa dan juga boleh dengarkan di Spotify ?? #EllaRasa #ellaaminuddin #peaceloverindu #rockqueen #podcast

? original sound – Ella Aminuddin – Ella Aminuddin

Menerusi podcast Ella Rasa, kakak kepada pemilik nama Nor Zila Aminuddin iaitu Jojie Aminuddin mendedahkan bahawa tindakan penyanyi rock itu melibaskan rambut kerana dia berasa kurang keyakinan diri.

Sebenarnya dia masa kecil dahulu dia cakap dia tak cantik, dia tak lawa. Dia selalu cakap dengan saya. Katanya, ‘artis-artis lain semua cantik’.

Selepas itu dia lepaskan rambutnya. Rambut dia kan panjang, jadi dia suka libas. Sebenarnya libasan rambut itu adalah untuk menutup muka dia yang dia rasa tak lawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan pelantun lagu Dua Insan Bercinta itu dan keunikan suaranya yang tiada tandingan.

Dalam masa yang sama, mereka juga terpegun melihat kejelitaan dua beradik itu yang disifatkan awet muda.

Tapi lawalah, yang penting dah berusia tapi masih energetik.

Ella ni aura dia besar sebab tu dia nampak cantik dan semua orang suka.

Ella adalah artis yang ada style menawan, simple tapi memang gayanya menjadi ikutan.

MENARIK:  Sarah Yasmine ‘Petik’ Sophia Albarakbah Pula, Dedah Masih ‘Contact’ Aliff Aziz Sampai 28 Mac? – ‘I’m Okay, Lama Awak MIA’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular