[VIDEO] Kakak Safee Sali Bersuara, Nafi Bekas Adik Ipar Penyondol – ‘Bukan Nak Buka Aib Keluarga Tapi Saya Kena Betulkan’

Shopee Sale


safee

Bekas isteri pemain bola sepak negara, Safee Sali iaitu Fitra Elfina didakwa menerima kifarah kerana menjadi punca keretakan rumah tangga perkahwinan Safee dengan bekas isteri pertamanya.

Susulan itu, kakak kepada Safee iaitu Normalayati Mohd Sali tampil menjelaskan perkara sebenar.

Tegakkan kebenaran

Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Normalayati berkata dia perlu bersuara dan memperbaiki keadaan berikutan fitnah yang dilemparkan terhadap Fitria semakin teruk.

Bukan saya nak buka aib keluarga..memang fitnah (isu penyondol), bukan sebab dia. Benda ini saya kena betulkan.

Dia (Safee) kata Sha (Fitria) tak bertanggungjawab. Siapa yang tak bertanggungjawab sebenarnya? Selama ini siapa yang jaga anak kau? Siapa yang hantar dan ambil anak dekat sekolah?

Kenapa dia keluar rumah? Saya kata itu atas kerosakkan kau sendiri, kau yang halau dia.

Dalam masa yang sama, wanita itu juga menasihati Fitria agar sentiasa bersabar dan percaya kepada pertolongan Allah.

Last yang Sha tak boleh sabar bila dia tengok passport 26 dan 27 pergi Thailand. Apa tujuannya? Firasat seorang isteri ini benar, cuma tak ada bukti.

Saya bercakap dengan Sha, sabar suatu hari Allah akan bagi bukti, kalau dia kahwin waktu itu terpulanglah kepada Sha.

Sementara itu, Normalayati berharap agar orang ramai tidak lagi menyalahkan Fitria selain menegaskan bahawa dia tidak menyebelahi sesiapa namun hanya mahu menegakkan kebenaran.

Kalau kata keluar kenyataan mengapa saya tak bela adik saya, sebenarnya saya tak bela siapa-siapa pun. Cuma yang saya nampak, apa yang salah saya perlu betulkan balik.

Saya cuma nak betulkan kesilapan adik saya yang sudah buat salah pada anak orang dan dalam masa yang sama kalau tak tahu cerita sebenar lebih baik diam.

Walaupun adik beradik saya cakap biarlah itu haknya. Memang dia ada hak untuk berkahwin tapi cara dia tu salah.

Terdahulu, Safee dan Fitria sah bercerai talak dua di Mahkamah Syariah Kuala Selangor pada Selasa.

MENARIK:  Bercerai Setelah 34 Tahun Berkahwin, ND Lala & Fauziah Kisahnya

Dalam perkembangan lain, Safee mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita lain pada 26  Januari lalu.

Untuk info, Safee dan Fitra mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

Sebelum itu, bekas penyerang JDT tersebut pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada tahun 2007 namun berpisah pada 2 April 2012. Mereka juga mempunyai dua orang cahaya mata.

" data-video-id="7350997095022710024" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@mingguanwanita

Eksklusif: Kakak Safee Sali Tampil Bela Adik Ipar, “Dia Bukan Penyondol, Saya Kena Betulkan Apa Yang Salah…” Cerita penuh di

? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular