[VIDEO] ‘Kalau Aku Buka Pekung Jahanam Juga Ni, Ada Yang Bercerai Kejap Lagi’ – Kak KM

Shopee Sale


kak km berang

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba usahawan sensasi, Kak KM meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap seorang individu yang tidak disebut nama.

Tak mampu tahan sabar

kak km berang

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kak KM atau nama sebenarya Liana Rosli dilihat tidak mampu menahan sabar kemudian mendedahkan tentang sikap seorang individu yang menjadi punca kepada kemarahannya.

Esok nak puasa lepas tu nak raya, takkan kita nak bergaduh? Tapi inilah dia, benda ni tak payah jauh-jauh pun satu rumah sahaja.

Bila kau manusia yang memang bangsat, kalau kau miskin tak apa kita tak benci kau. Tapi bila kau miskin, hati kau tu biarlah baik supaya orang pun simpati dengan kau, orang pun akan bagi kau duit..bagi kau pekerjaan.

Tapi bila kau jahat, cakap benda tak betul..itu tak betul lah. Aku ni rasa memang nak meletup sebenarnya. Satu-satu yang datang.

Berang dengan individu tersebut, Kak KM menyifatkan individu terbabit sebagai seorang munafik kerana didakwa hanya berpura-pura baik di hadapan semua orang.

Manusia ni ada banyak jenis tau, yang jenis munafik la yang banyak sekali. Munafik tu dia tahu benda tu tak betul tapi dia buat dan dia tutup. Dengan orang dia ceritalah dia malaikat, dialah baik, dialah pelindung tapi hakikatnya. Kalau aku buka pekung ini jahanam juga ni..ada juga yang bercerai kejap lagi.

Dalam masa yang sama, usahawan tersebut mendakwa individu berkenaan juga tidak amanah dalam menjalankan urusan perniagaan yang diusahakannya.

Kenapa kau nak jaja cerita orang ni mencuri, orang tu ambil ejen, orang ni tak betul orang tu tak betul. Kalau kau ada masalah dengan orang tu, kau seorang saja kau jangan kaut semua orang suruh benci dia. Kenapa kau nak cerita buruk orang?

Ini kalau aku buka cerita pasal RM35,000 bank in dekat akaun kau tanpa pengetahuan aku, memang satu Malaysia yang tengok.

Kau ambil duit dekat ejen, kau bagi nombor akaun kau yang sepatutnya akaun aku. Lepas tu kau cakap sebab nak selamatkan duit tu.

Walau bagaimanapun, anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri tetap tidak ‘memetik’ nama mana-mana individu sehingga akhir video.

Bila aku sabar, aku diam jangan usik-usik. Bila aku diam tak bermakna aku okay. Bila aku diam tu lagi bahaya sebenarnya.

Gigil ni, kalau dekat depan ni pecah muka kau. Aku tak peduli kau siapa, aku tak takut dengan kau.

MENARIK:  ‘Terima Kasih Bagi Nasihat’ – MUA Bellaz Hentikan Pengeluaran Produk Keychain Wajah Anak
" data-video-id="7345069253378182402" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@lianaroslikakkm

kita tak nak gaduh2..

? original sound – kakkm@sweetdara – kakkm@sweetdara

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular