Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering kali meraih perhatian netizen dengan cara didikan mereka pada anak-anak.
Terkini, Hairul meluahkan perasaannya terhadap Hanis.
‘Saya peminat Hanis’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hairul akui masih memikat hati Hanis walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata.
Saya adalah peminat Hanis Zalikha.
Kalau boleh setiap hari saya nak try ngorat dia walaupun dah ada dua anak.
Saya memang suka Hanis dari dulu.
Dalam pada itu, Hairul menyatakan dirinya berhenti beraksi dalam dunia lakonan adalah kerana ingin lebih fokus pada anak-anak.
Bila saya nampak anak membesar depan mata, saya gembira.