[VIDEO] Kekuatan Mental & Keimanan Penting Bagi Isteri Nombor Dua, Jangan Hanya Jadi Orang Gila Di Rumah

Shopee Sale


Di Instagram, pelakon Zarina Zainuddin menyelar tindakan segelintir wanita muda yang ‘menggatal’ dengan lelaki berstatus suami orang sehingga sanggup memusnahkan rumah tangga orang lain.

Cari lelaki bujang

Meskipun memegang gelaran sebagai isteri kedua, Zarina memberi pesanan buat wanita di luar sana agar mempertimbangkan keputusan sekiranya mahu berkahwin dengan suami orang.

Keputusan memilih bernikah dengan suami orang akan digelar penyondol sampai ke tua. Ingat ya, tak senang kahwin dengan suami orang. Jadi isteri nombor dua otak kena kuat dan kalau iman tak cukup, tidak payah! Jadi orang gila di rumah nanti.

Carilah lelaki bujang, tak payah nak peningkan kepala. Sampai ke tua orang akan kata kau penyondol.

Menerusi video tersebut juga, Zarina meluahkan rasa kurang senang apabila melihat ramai wanita yang masih muda ‘kemaruk’ berkahwin dengan suami orang sedangkan tidak menjaminkan kehidupan yang mewah pun.

Sakit hati lihat semua yang cantik dan muda hendak sangat kawin dengan suami orang kemudian jadi ala-ala wanita simpanan di rumah sebab suami takut isteri pertama mengamuk.

Kalau boleh tak payahlah, jika hidup mewah lain cerita tetapi kalau kau pun bekerja mencari duit, memang sayang.

Baik bercerai ketika usia muda sebelum usia tua yang ketika itu hendak berpisah pun tiada faedah.

Tambah Zarina, situasinya yang dilalui olehnya berbeza ketika berkahwin dengan suaminya. Namun, rasa bersalah tetap dirasai sehingga hari ini.

Kes saya lain, tidak akan sama sebab saya bukan nak menggatal. Dia bawa saya jumpa isteri pertama dan kini sudah 30 tahun saya berkahwin. Tetapi sehingga sekarang saya rasa berdosa besar sebab kacau hak madu saya.

Di akhir perkongsian, Zarina menasihatkan wanita muda di luar sana untuk melupakan hasrat bernikah dengan suami orang sebaliknya memilih lelaki bujang.

Nak buat apa kalau semua hidup asyik makan hati dia makan hati saya makan. Suami pun semakin botak fikir hal isteri-isterinya. Anda fikirlah sendiri, rasa nak azankan di telinga supaya jangan kahwin suami orang. Cari lelak bujang yang berlammbak dinluar sana.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

MENARIK:  [VIDEO] Erma Fatima Gesa Sarah Yasmine Henti Buat ‘Kenduri’ Selak Kain Artis Malaysia – ‘Ini Negara Aku, Settle Berdua Dengan Aliff & Berambus’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular