Terengganu merupakan salah satu negeri di pantai timur yang dilanda banjir.
Namun, ia tidak menjadi penghalang untuk pasangan ini meneruskan di Kampung Gerdong, Kuala Berang, Terengganu.
Majlis tetap diteruskan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, dilihat keluarga pihak lelaki menuju ke kediaman keluarga pihak perempuan biarpun harus merentasi air banjir yang melepasi paras betis.
Ujar individu yang dikenali sebagai Zulaiqa itu, cuaca dalam keadaan baik sehari sebelum majlis.
Nak tunda tapi persiapan semua dah buat.
Cuaca semalam elok saja, dugaan hari ini datang dengan gelombang kedua.
Dalam pada itu, Zulaiqa sempat berterima kasih pada keluarga tunangnya yang tetap hadir walaupun cuaca tidak mengizinkan.
‘Lautan banjir sanggup ku renangi’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan usaha dan semangat keluarga pihak lelaki. Selain itu, terdapat juga warganet yang mendoakan pasangan itu dipermudahkan urusan untuk ke peringkat yang seterusnya.