[VIDEO] Kembali Aktif Di TikTok, Netizen Doa Syasya Rizal Istiqamah Berhijab – ‘Makin Cantik Lah Dia Sekarang’

Shopee Sale


Selepas mengumumkan telah berundur dari kumpulan Dolla, penyanyi Syasya Rizal mencuri perhatian ramai dengan imej terbarunya yang bertudung.

Syasya cantik bertudung

Syasya atau nama lengkapnya, Norsyasya Afiqah binti Shahrizal dilihat kembali aktif di media sosial selepas memuat naik satu video di aplikasi TikTok.

Menerusi video pendek itu, Syasya dilihat melakukan trend ‘Maestro Challenge’ dengan melakukan beberapa pergerakan tangan sambil berlatar belakangkan lagu Maestro nyanyian kumpulan dari Korea Selatan, Seventeen.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah imej Syasya dalam video tersebut yang tampil mengenakan hijab berwarna hitam dan digayakan dengan baju tshirt berlengan panjang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan terbaharu Syasya yang dianggap lebih sopan dan menutup aurat. Malah mereka memuji kecantikan dan keayuaan yang dimiliki Syasya lebih-lebih lagi selepas berhijrah.

Makin cantik lah sekarang lepas berhijab.

Terus istiqamah, cantik sangat bertudung.

Dah bertudung, manisnya.

Makin berseri lepas kahwin dan bertudung.

Comelnya Syasya pakai tudung.

Manis bertudung

MENARIK:  Netizen Dah Nampak ‘Baby Bump’, Isteri Fizi Ali Hamil
" data-video-id="7367006353501490449">
@syasya.rzl entah la #maestro ? MAESTRO – SEVENTEEN

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular