[VIDEO] Khatijah Tan Tak Terfikir Nak Buli Pelakon Baharu, Ada Cara Tersendiri Nak Mendidik – ‘Saya Selalu Menjadi Ibu Mereka’

Shopee Sale


Pelakon veteran, Khatijah Tan tidak pernah terlintas di fikiran untuk membuli pendatang baru sepanjang hampir empat dekad berada dalam dunia seni.

Ada cara tersendiri

Ketika ditemui , Khatijah berkata, dia juga mempunyai cara yang tersendiri untuk mendidik pelakon baru supaya mempunyai keserasian untuk menjayakan sesuatu naskhah bersama.

Saya banyak bekerja dengan pelakon baru, tapi saya tidak pernah membuli mereka sebab pekerjaan ini adalah ikatan kasih sayang dan saya selalu menjadi ibu mereka.

Anak-anak muda ini sebenarnya bukan manja, tapi mereka boleh rasa kalau mereka selesa atau tidak dengan seseorang. Kalau mereka rasa tak selesa, mereka cenderung untuk menjauhkan diri.

Sebab itulah kadang-kadang orang yang lebih senior salah faham dan anggap mereka sombong, sedangkan bukan itu sebabnya.

Saya sendiri pernah bertemu dengan beberapa artis muda yang pada mulanya takut nak mendekati saya. Apabila saya tanya kenapa, barulah mereka berkongsi pengalaman buruk yang pernah mereka alami jadi, itu buatkan mereka lebih berhati-hati.

Khatijah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas majlis tayangan gala filem seram, Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada malam Selasa.

Tegur sikap pelakon

Dalam pada itu, ibu kepada pelakon dan pengarah Pierre Andre ini sempat bersuara mengenai sikap segelintir pelakon yang kurang melakukan perbincangan untuk menjayakan watak sebaliknya lebih gemar membuat hal sendiri di set penggambaran.

Saya tak faham konsep sekarang. Dulu, kita akan duduk satu meja, berehat dan berbual bersama-sama. Tapi sekarang, suasana itu dah berubah.

Ada yang memilih untuk duduk sendirian dalam kereta dan hanya keluar bila tiba masa untuk penggambaran. Saya tertanya-tanya, di mana kemesraan yang sepatutnya wujud?

Jadi, bila saya fikir semula, teguran pelakon senior itu adalah untuk kebaikan bersama.

Mereka nak rapatkan hubungan supaya setiap babak itu berjaya dihasilkan dengan baik, cuma pelakon baharu jangan salah tafsir.

Jelas Khatijah, keserasian antara pelakon di set penggambaran adalah satu perkara yang sangat penting untuk membantu menjayakan watak yang perlu mereka lakonkan.

Keserasian antara pelakon sangat penting. Kadang-kadang, cara orang lama nampak macam membuli, tapi sebenarnya tidak begitu.

Saya sendiri pernah diajar oleh cikgu-cikgu hebat seperti Ahmad Yatim. Cara mereka kelihatan tegas dan keras, tapi akhirnya saya faham, itu adalah pendekatan untuk membantu mengeluarkan potensi sebenar dalam lakonan.

Teknik lakonan ini sebenarnya sangat luas. Ada yang memilih pendekatan lembut seperti saya, supaya pelakon lain rasa lebih selesa.

Tapi ada juga yang kasar, bukan kerana mereka tidak suka, tapi itulah cara mereka menunjukkan kasih sayang dan mencipta hubungan yang lebih erat.

Terdahulu, timbulnya dakwaan dibuat seorang pelakon baharu mengenai dirinya dibuli pelakon senior sewaktu di lokasi penggambaran.

MENARIK:  ‘Harapkan Bulan & Bintang Tapi Yang Kami Dapat Hanyalah Pagar Makan Padi’ – Kugiran Masdo

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular