[VIDEO] Kim Woo Bin Kongsi Kisah ‘Lawan’ Kanser Tujuh Tahun Lalu – ‘Macam Dalam Drama, Doktor Ramal Hidup 6 Bulan Saja’

Shopee Sale


Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Woo Bin berkongsi kisah perjuangannya yang berjuang melawan kanser Nasopharyngeal yang dihidapinya kira-kira tujuh tahun lalu.

Doktor ramal hidup 6 bulan

" data-video-id="7415436651679304966">
@c.h.l.w.n.s makasih udah kembali dengan sehat ? #kimwoobin #??? #officerblackbelt #fyp #xyzbca #kmovie #kdrama #koreanactor ? suara asli – ???

Ketika dijemput sebagai tetamu rancangan YouTube pengacara terkenal Korea Selatan, Shin Dong-yup, Kim Woo Bin memaklumkan doktor meramalkan jangka hayatnya tinggal enam bulan sahaja untuk hidup.

Seperti yang kalian tahu, saya merupakan seorang yang sangat positif dan dalam apa jua keadaan saya tetap akan sentiasa mencari kekuatan untuk terus positif dalam hidup.

Tujuh tahun lalu, saya disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal. Dah macam dalam drama, doktor ramal yang saya hanya ada kira-kira enam bulan sahaja untuk hidup.

Saya sangat terkejut dan takut dan harap itu hanyalah mimpi tetapi saya sama sekali tidak pernah berfikir bahawa saya akan gagal mengatasi penyakit ini.

Walau bagaimanapun, berkat doa dan sokongan yang diberikan orang ramai, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘The Heirs’ ini berjaya melawan penyakit kanser yang dihidapinya itu.

Susulan itu, Kim Woo Bin menitipkan ucapan terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang tidak putus-putus memanjatkan doa buatnya.

Namun selepas 10 tahun saya melakukan debut dan mula dikenali, ramai yang menyokong serta mendoakan saya.

Itulah kekuatan yang saya ada untuk terus berjuang melawan kanser ini.

Jadi, saya nak mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa yang diberikan kerana itu adalah faktor kepada kesembuhan saya.

Tambah Kim Woo Bin, sokongan yang diberikan itu juga mengingatkan dirinya untuk tidak meninggi diri meskipun sudah mengecapi kejayaan sebagai salah seorang pelakon terkenal di Korea Selatan.

Disebabkan itu juga saya selalu pesan pada diri untuk tidak meninggi diri walau di mana jua saya berada.

Saya juga berharap agar segala doa dan kebaikan yang diberikan kepada saya untuk ‘dipulangkan’ semula kepad semua orang.

Terdahulu, Kim Woo Bin memilih untuk menyepikan diri dari dunia lakonan selepas disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal iaitu sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak pada 2017.

MENARIK:  ‘Mak Ajar & Sokong Anak Buat Jahat..Mak ‘Rosak’ Ni Memang Dah Ada Sejak Dulu Kala’ – Rita Rudaini

Kim Woo Bin kemudiannya kembali ke dunia lakonan selepas disahkan bebas kanser pada 2019.

Video penuh

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular