[Video] KPM Beri Ruang & Peluang Kepada MBPK Untuk Mengikuti Pendidikan Yang Berkualiti & Pendidikan Manusiawi.

Shopee Sale


Agenda Pendidikan Untuk Semua direalisasikan oleh KPM menerusi pelaksanaan pendidikan khas, yang memberi ruang dan peluang kepada MBPK untuk mengikuti pendidikan yang berkualiti dan relevan dengan keperluan mereka selari dengan Pendidikan Manusiawi.

Setakat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia sudah menubuhkan 35 sekolah pendidikan khas (SPK) di seluruh negara. Pendidikan Khas merupakan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeperluan pendidikan khas atau singkatannya MBPK. 

KPM telah menyediakan tiga pilihan persekolahan bagi MBPK iaitu:

  • Di Sekolah Pendidikan Khas (SPK),
  • Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
  • Program Pendidikan Inklusif (PPI).

SPK merupakan sekolah khusus yang menyediakan pendidikan khas bagi MBPK pada semua peringkat persekolahan. Semua murid di SPK adalah MBPK. Sehingga kini terdapat 35 buah SPK di seluruh negara yang terdiri daripada 28 buah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, 3 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) dan 4 buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).

Pelaksanaan Pendidikan Khas ini adalah berlandaskan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

Pelaksanaan tersebut merupakan perlaksanaan yang telah ditambah baik berdasarkan peraturan tahun 1997. Berdasarkan peraturan ini, MBPK merupakan murid yang telah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai murid yang mempunyai 

  1. Ketidakupayaan Pendengaran
  2. Ketidakupayaan Penglihatan
  3. Ketidakupayaan Pertuturan
  4. Ketidakupayaan Fizikal
  5. Masalah Pembelajaran
  6. Ketidakupayaan Pelbagai.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima di Pulau Pinang telah mula beroperasi pada Oktober 2023.

Sekolah ini menempatkan sekurang-kurangnya 192 murid berkeperluan pendidikan khas dengan mempunyai kemudahan asrama untuk 80 pelajar lelaki dan perempuan.

MENARIK:  Kematian Dua Individu Di Dalam Kereta Berkunci Di Stesen Minyak

Projek Pembinaan sekolah ini telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Rolling Plan 1/2016 melibatkan  kos RM47.5 juta. Sekolah ini mempunyai 24 bilik darjah dan blok bengkel Aliran Kemahiran untuk empat bengkel iaitu:

  • Bengkel Penyediaan dan Pembuatan Makanan
  • Bengkel Servis dan Penyelenggaraan Motosikal
  • Bengkel Perkhidmatan Estetik
  • Bengkel Artis Multimedia Visual

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular