Video Lama Datuk Red Mengaku Pencinta Wanita Tular Semula – ‘Dari Sekolah Lagi Cita-Cita Nak Kahwin Dua, Alhamdulillah Tercapai’

Shopee Sale


Datuk Red

Tular semula video lama temu bual Datuk Red yang berkongsi mengenai cita-citanya untuk berkahwin dua sejak di bangku sekolah lagi.

Cita-cita kahwin 2

Datuk Red

Menerusi temu bual tersebut, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata dia memasang impian untuk berpoligami sejak di usia kecil.

Menurutnya, selain gemar mencabar diri dalam bidang perniagaan, dia juga suka cabaran dalam rumah tangga.

Dari kecil lagi, cikgu dan kawan di sekolah pernah tanya saya cita-cita apabila besar nak jadi apa. Ramai yang jawab nak jadi doktor, pilot dan macam-macam lagi.

Tetapi saya jawab nak kahwin dua. Satu kelas gelakkan saya. Saya memang suka cabaran, selain perniagaan rumah tangga juga perlu cabaran.

Kalau rumah tangga itu tiada apa-apa (ujian), macam biasa sahaja boleh jadi bosan juga. Nak kena ada momen merajuk dan memujuk baru seronok.

Saya ini pencinta wanita tapi bukan buaya. Alhamdulillah cita-cita saya tercapai.

Dalam temu bual sama, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi itu turut menceritakan mengenai asal usul nama ‘Datuk Red’ yang digunakan sebagai nama sapaan.

Nama ‘red’ itu sebab saya suka warna merah. Saya pantang lihat orang pakai warna merah.

Tapi kalau nak pakai ‘merah’ macam tak cantik, jadi saya glamourkan sikit guna ‘red’. Itu lah dia asal usul nama Datuk Red.

Sekadar info, Datuk Red dan Adira berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

MENARIK:  Video: David Teo Disingkirkan oleh Ahli Keluarga Terdekat? - 'Saya Telan 10 Biji Telur Separuh Masak'

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular