[VIDEO] Lepas Kantoi Chat Dengan Muaz, Aliff Layan Bella Bak Puteri, Beli Bunga & Coklat – ‘Dia Pernah Minta Cerai Depan Anak-Anak’

Shopee Sale


Suami kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz mendedahkan sudah berusaha menunjukkan perubahan demi memperbaiki hubungannya dengan isteri namun gagal.

‘Bella cakap dia dah tawar hati’

Menurut pelantun lagu Sayang Sayang itu, selepas mengetahui hubungan yang terjalin antara isterinya dan Muaz Zabir, dia cuba melayani Bella dengan sebaik mungkin namun usahanya itu sia-sia.

Saya confront dia bersama keluarga saya dan juga keluarga mertua. Saya tanya dia, ada apa-apa nak cakap, tapi dia kata tiada. Selepas kejadian itu, aku berubah 360 darjah, saya layan Bella macam princess. Beli bunga, coklat. Ikut hobi dia, staycation.

Tapi mungkin dah terlambat. Bella cakap dia dah tawar hati. Walaupun lambat, tapi saya masih mencuba. Apa yang saya buat ini dengan harapan dia dapat suami yang sepatutnya dia dapat dulu.

Malah Aliff akui sejak daripada itu, rumah tangga mereka semakin berantakan selain kerap berlakunya pergaduhan disebabkan perkara-perkara kecil.

Bella minta cerai depan anak-anak, kemudian saya cakap kalau betul nak bercerai dia kena failkan lah. Selepas itu, dia beritahu saya dia dah jumpa peguam. Minta saya beri kerjasama.

Bella pun pernah tarik balik perceraiannya tapi masa itu saya terfikir, takkan nak cerai saya kena ikut dan nak tarik perceraian pun saya kena ikut.

Tapi itu adalah penyesalan bagi saya, andai kata saya ikut cakap Bella untuk tarik perceraian tu dan selesaikan masalah, semuanya okay.

Video

MENARIK:  Izreen Azminda Keracunan Makanan Kali Kedua, Badan Sampai Menggigil – ‘Teruk Sikit Dari Sebelum Ini, Mungkin Sebab Mengandung’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular