[VIDEO] Madammu Pernah Kemurungan Akibat Kata-Kata Kesat Guru – ‘Jangan Nak Cemar Nama Baik Sekolah, Kau Tu Budak Kampung’

Shopee Sale


madammu

Usahawan jelita, Madammu mendedahkan tentang kisah zaman persekolahannya yang tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini.

Zaman sekolah Madammu

" data-video-id="7369500479648222481" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@noirhealthbeauty

Tak sangka Madammu nie ganas juga masa zaman sekolah dulu. Madammu pernah cederakan ‘seseorang’ dengan bola hoki! Nak tahu macam mana kisahnya? Jom tonton video tribute HARI GURU MADAMMU ni guys ? “Madammu nak ucapkan selamat hari guru buat semua cikgu-cikgu di Malaysia. Jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayat.” http://www.madammu.com #wherebeautyblossom #foryou #foryoupage #wherebeautyblossom #noirbeautyworld #noirskincaremalaysia #noirmadammu #noirbeautymalaysia #noirmayspecialdeals

? original sound – Noir Health & Beauty HQ – Noir Health & Beauty HQ

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri berkata pernah berlaku satu tragedi yang tidak diingini ketika dia bergelar pemain hoki sekolah.

Saya pernah main hoki dan ada sekali tu saya terpukul bola dekat seseorang sampai tercabut gigi dia.

Saya bukanlah sengaja atau geram sebab dia bising, tetapi kebetulan terpukul dengan kuat.

Bercerita lanjut, Madammu kemudian berkongsi pengalaman pahit semasa dibangku sekolah.

Menurut Madammu, ada seorang guru pernah meninggalkan kata-kata berbaur hinaan sehingga memberi kesan buruk kepadanya.

Ada kata-kata yang dia cakap pada saya sehingga menyebabkan saya kemurungan. Ketika itu saya baru sahaja pindah dari kampung ke Kuala Lumpur.

Masa itu saya tengah menulis karangan. Dia kata panjangnya cuma 200 patah perkataan sahaja tapi saya buat 300.

Dia kata dekat saya, ‘kau datang dekat sini kau jangan nak mencemarkan nama baik sekolah ni, kau tu budak kampung’.

Pada saya, macam ni rupanya orang Kuala Lumpur. Saya ni datang Besut, tak tahu pula bila buat lebih daripada 200 perkataan tak boleh.

Sejak hari itu, saya memang tak berapa suka sangat dengan cikgu tu.

Dalam pada itu, usahawan berusia 34 tahun tersebut berpendapat bahawa masa telah mengubah cara didikan guru dan ibu bapa terhadap pelajar.

MENARIK:  Sophia Albarakbah Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa dengan Lakon Babak Aksi Ngeri Tanpa Bantuan Stuntman

Justeru, pendekatan dan corak pengajaran yang berbeza perlu diberikan kepada pelajar sesuai dengan perubahan zaman.

Saya tak pernah kena denda dulu. Tapi sesuai dengan peredaran zaman. Kalau kita tengok sekarang ini cikgu memang tak boleh pukul langsung anak murid. Jika nak dibandingkan dengan zaman dahulu kena rotan, tapi hari ini kalau tersalah rotan mak ayah datang sekolah. Cikgu pun boleh kena saman.

Jadi kita kena tengok perbezaan anak-anak sekarang dengan dulu. Mungkin disebabkan pendedahan daripada ibu bapa.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular