[VIDEO] Makmum Masbuk Tapi Tak Sempat Dapat Satu Rakaat Ketika Solat Jumaat? Ini Cara Sebenar Yang Perlu Anda Lakukan

Shopee Sale


Seperti yang kita ketahui, seseorang makmum masbuk yang sempat untuk mendapatkan satu rakaat ketika menunaikan solat Jumaat berjemaah hanya perlu menambah satu lagi rakaat untuk melengkapkan ibadah solat Jumaatnya.

Namun, apakah tindakan yang betul perlu dilakukan seseorang itu sekiranya dia tidak sempat untuk mendapatkan satu rakaat ketika menjadi makmum solat Jumaat?

Perlu tambah empat rakaat Zuhur

Menerusi perkongsian yang dilakukan Masjid Bandar Seri Putra, sekiranya seseorang itu masuk ke dalam saf solat ketika imam sedang melakukan tahiyat akhir, maka dia perlu menambah empat rakaat solat Zuhur.

Tadi saya nampak awak masbuk (makmum) solat Jumaat tapi waktu tahiyat akhir baru awak masuk solat kan?

Itu yang saya risau tengok awak sebab awak tambah dan ganti dengan dua rakaat sahaja.

Sepatutnya, awak kena tambah empat rakaat solat Zuhur.

Menerusi video itu lagi, pihak masjid menjelaskan bahawa syarat wajib bagi solat Jumaat ialah berjemaah sekurang-kurangnya satu rakaat bersama imam.

Tadi awak masuk saf sewaktu tahiyat akhir jadi memang tak dapat satu rakaat langsung.

Situasi makmum masbuk yang pertama, masuk solat sebelum atau semasa imam rukuk dalam rakaat kedua hanya perlu tambah satu rakaat kerana sebab dia sempat dapat satu rakaat bersama imam.

Situasi yang kedua pula ialah apabila makmum masbuk masuk ke dalam saf ketika imam sudah iktidal pada rakaat kedua sampailah ke tahiyat akhir maka dia perlu menambah empat rakaat solat Zuhur selepas memberi salam.

Sebabnya, dia langsung tak dapat rakaat solat bersama imam.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian dan memberikan manfaat serta ilmu kepada wargamaya media sosial.

MENARIK:  Afieq Shazwan Menggantikan Jamal Abdillah, FMC Menghormati Keputusan Tarik Diri

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 175,000 tontonan dan lebih 16,000 tanda suka.

Video

" data-video-id="7364708174902955265">
@masjidbspofficial Isu Masbuk dalam Solat Jumaat. Siapa yang masbuk tapi sempat dapat satu rakaat (bersama imam), maka dia tambah satu rakaat lagi. Tetapi, jika dia tidak sempat dapat satu rakaat pun bersama imam, contoh masuk solat ketika imam tahiyat akhir, maka dia perlu menambah 4 rakaat solat Zuhur selepas Imam Salam. Mencari Pakej Umrah yang murah, dekat & selesa? Hubungi @Azzuha Group Travel & Tours. #azzuhatravel #masjidbandarseriputra #masbuk #solatjumaat ? original sound – Masjid Bandar Seri Putra

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular