[VIDEO] Maryam Younarae ‘Marah’ Anak Nak Beli Dua Patung, Netizen Puji Cara Mendidik Tidak Membazir – ‘Contoh Yang Baik’

Shopee Sale


Maryam Younarae

Sepotong video memperlihatkan pelakon dan pempengaruh Maryam Younarae, memarahi anaknya, Rina Diana supaya tidak membazir membeli patung permainan telah menuai pelbagai reaksi wargamaya.

Didik jangan membazir

Maryam Younarae

Menerusi perkongsian di Instagram, Rina dilihat sedang menangis di hadapan sebuah kedai kerana mahu membeli satu lagi anak patung, namun dihalang oleh ibunya.

Dalam klip tersebut, Maryam berkata, Rina hanya dibenarkan membeli satu barang sahaja dalam masa sehari.

Kata isteri kepada Ryzal Ibrahim, itu adalah cara dia mendidik anaknya supaya tidak membazir wang membeli perkara yang tidak bermanfaat.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji cara Maryam mendidik anaknya biarpun ada air mata yang mengalir.

Kongsi warganet, Maryam dan suami sememangnya mampu untuk membelikan apa sahaja untuk anaknya, namun tindakan itu adalah sebahagian daripada pelajaran hidup.

Sekadar info, Maryam dan Ryzal mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2019 dan hasil perkahwinan dikurniakan cahaya mata perempuan, Rina Diana yang kini berusia dua tahun.

MENARIK:  Shuib Dituduh ‘Heret’ John Ke Mahkamah

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular