[VIDEO] ‘Mereka Rasa Anak Seni Tempat Untuk Maki Hamun, Macam Kita Tak Ada Langsung Harga Diri’ – Fauziah Nawi

Shopee Sale


fauziah nawi 1

Pelakon senior, Datuk Fauziah Nawi berkongsi tentang kepahitan yang terpaksa ditelan setelah bergelar anak seni.

Pesan arwah bapa

" data-video-id="7388757337206459666" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@kool101my

“Anak seni pelakon ni adalah tempat untuk mereka caci hamun maki hamun,” – @PrimadonaFauziahNawi Betul macam @MY HAIZA cakap, zaman sekarang ni manusia suka menjuri kehidupan orang lain. Kita kena ingat yang pelakon ini juga seorang manusia. Siapa lah kita untuk menghukum dan mengkritik mereka. Tapi realitinya inilah risiko apabila menjadi anak seni pelakon ni kan. Bapa kepada Datuk Fauziah Nawi pun cakap, “Kau masuk dalam dunia ni kau buka pintu fitnah seluas luasnya kau sanggup?” Banyak lagi yang Datuk Fauziah Nawi kongsikan di #CloseUp Pagi On Point. ?? Anda boleh dengarkan perbincangan penuh di KoolCast melalui aplikasi Audio+ dan di YouTube Kool 101atau klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint #FauziahNawi

? original sound – Kool 101 – Kool 101

Menerusi temu bual bersama Kool 101, Fauziah meluahkan rasa kesal berikutan terdapat segelintir individu yang suka menghamburkan kata-kata kesat kepada anak seni.

Kenapa kita suka menghina orang, mencaci orang, memaki hamun orang tak pasal-pasal? Kita tak kenal pun dia. Saya tak buat apa pun dekat mereka. Tak suka jangan tengok.

Saya tak faham, tapi itu keseronokan yang mereka dapat.

Mereka rasa anak seni, pelakon ini adalah tempat untuk mereka memaki hamun macam kita ini tak ada ibu bapa, keluarga..macam kita ini tak ada langsung harga diri.’

Meskipun ada yang meninggalkan komen yang melampau namun, aktres berusia 71 tahun itu sama sekali tidak mengendahkannya dan percaya kepada balasan Allah SWT.

Ada orang kata, ‘aku baca kau kena kutuk’. Saya tak kisah, esok jumpalah saya dekat sana.

Tak nak la saya baca, sebab kalau baca saya adalah orang yang berdendam. Jangan ingat saya tak boleh maki balik, saya boleh. Tapi saya tak nak letakkan diri saya seperti orang itu.

Dalam pada itu, pelakon filem Saka Perawan tersebut teringat akan kata-kata arwah bapanya tentang keburukan berkecimpung dalam dunia seni.

MENARIK:  Aliff Syukri Ingatkan Pekerja Angkat ‘Call’ Majikan Selepas Waktu Bekerja, Baru Nampak Berdedikasi – ‘Walaupun Siang Atau Malam’

Fauziah mengakui perkara tersebut berlaku kepadanya dan yang paling terkesan adalah kematian anak lelakinya iaitu Allahyarham Pitt Hanif.

Bapa saya tak bagi saya masuk dalam dunia ini. Bapa saya tak cakap tentang duit, tak cakap tentang masa depan.

Dia cakap, ‘kau masuk dalam dunia ni, kau buka pintu fitnah seluas-luasnya, kau sanggup? ‘

Itu yang berlaku. Anak saya meninggal pun orang kata macam-macam. Suka hati sayalah saya nak mengenang anak saya. Saya seorang ibu, kalau awak semua tak rasa apa-apa, tak mengapalah.

Justeru itu, Fauziah hanya berserah kepada Allah SWT atas perbuatan mereka yang disifatkan keterlaluan dalam meninggalkan komen.

Hanya kerana saya pelakon, awak boleh buat sesuka hati awak ke? Awak tak tahu dendam saya bagaimana. Tapi saya tak buat, saya beritahu Allah sahaja lah.

Saya cakap, Ya Allah kenapa orang-orang ini buat saya macam ini? Saya tak kacau mereka. Ya Allah kau lindungilah aku dan aku akan tuntut nanti.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular