Anak pastinya hadiah dan amanah yang diberikan kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Dipercayai, setiap anak membawa rezeki yang luar biasa.
Namun, tidak semua pasangan menghargai dan bersedia dalam mengalas sebagai ibu bapa.
Merokok depan anak
Menerusi hantaran di TikTok, dilihat seorang ayah sedang merokok di bilik yang sama di mana anak lelakinya sedang nyenyak tidur.
Di kapsyen, ibunya mohon agar sentiasa diberikan kekuatan mengharungi ujian sebegitu.
Sengaja merokok di bilik padahal tahu anaknya sedang tidur.
Tolong pelihara kesihatan anakku ya Allah.
Luaskan lah rasa sabar ku ya Allah, tambahkan rasa tabah yang lapang di hatiku.
Tambahnya lagi, suaminya akan mengeluarkan kata-kata yang kesat dan merosakkan harta benda rumah jika ditegur.