[VIDEO] Mila Jirin Idam ‘Sandera’ Ke AJL, Sahut Permintaan Peminat – ‘Impian Setiap Penyanyi Sebagai Penanda Aras’

Shopee Sale


Mila Jirin

Penyanyi Mila Jirin menyambut baik respon dan pujian peminat yang ingin melihat dia bertanding di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi lagu terbaharunya berjudul ‘Sandera’.

Idam AJL

Mila Jirin

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 36, berkata setiap penyanyi pasti menyimpan impian untuk bertanding di acara gah itu sekali gus dapat mempamerkan kredibiliti yang dimiliki.

Siapa yang tak mahu berada di pentas gah AJL ? Ia adalah impian bagi kebanyakan penyanyi sebagai penanda aras sejauh mana kehebatan sesebuah lagu itu.

Saya yakin susunan muzik Amylea memberi majis buat sesiapa saja yang mendengar. Yang penting saya perlukan sokongan semua untuk sama-sama membawa Sandera ke pentas berprestij itu.

Melanjutkan bicara, juara program Akademi Fantasia 5 itu berkata kali ini dia tidak akan menghentikan kerjaya nyanyiannya selepas 10 tahun berehat bagi membina empayar perniagaan iaitu Bizzmilla.

Setahun atau dua tahun lalu, saya ada berkongsi video menyanyi di media sosial dan ramai yang tanya kenapa sia-siakan bakat.

Seperti yang semua tahu, saya cuba pujuk suami. Walaupun pada mulanya suami agak berat nak membenarkan kerana kesibukan kami dalam perniagaan, tetapi dia tahu jauh di sudut hati saya masih mahu menyanyi. Alhamdulillah dia izinkan.

Kerana itu saya gunakan peluang yang ada. Saya nak, hadirnya saya kembali dalam industri dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Saya berharap untuk menghasilkan lebih banyak karya supaya dapat menunaikan impian saya menganjurkan ‘showcase’ A Night With Mila Jirin’ di Bizmilla Banquete Hall.

Tentang ‘Sandera’

Mila Jirin

Sementara itu, bercakap mengenai karya ciptaan Amylea Azizan, Mila berkata ‘Sandera’ bermaksud tentang seseorang yang terperangkap dan menjadi tebusan kepada sesuatu.

Kalau dikaji semua lirik ini, ia adalah satu perasaan yang terperangkap disebabkan perlu memenuhi kehendak orang yang dia sangat cintai. Terkejut juga baca lirik ini. Amylea pandai penggunakan bahasa yang indah dalam lagu-lagunya.

Terasa seperti lagu ini begitu sesuai dengan saya yang semakin matang daripada segi pembawakan dan penjiwaan nyanyian.

Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman dahulu juga, proses rakaman hanya diambil selama 5 jam saja.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan Nonny sebagai pelakon dalam muzik video ‘Sandera’, Mila menjawab dia mahu memberi ruang kepada teman baiknya itu kembali bergiat aktif dalam industri lakonan.

Alhamdulillah, berdasarkan komen-komen yang saya baca, ramai yang menyokong Nonny untuk kembali bergiat aktif dalam lakonan. Apa yang saya fikir, ini peluang untuk dia. Mana tahu selepas ini penerbit drama semua cari dia kan.

Sandera sudah dilancarkan di semua platform digital sejak Mac lalu. Manakal muzik video boleh di tonton di YouTube Sonymusic MYVEVO.

MENARIK:  [VIDEO] Alif Teega Menjaga Hati Aisyah Hijanah, Enggan Berkongsi Gambar Isteri Kedua Di Media Sosial – ‘Mudaratnya Lebih Besar’

Video

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular