[VIDEO] Nadia Annuar Berduka Kenang Detik ‘Menyayangi’ Anak, Terpaksa Mengambil Ubat Tidur Waktu Malam

Shopee Sale


Menerusi sebuah video podcast, bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar mendedahkan kehilangan hak penjagaan anak, Mohamed Aaron Erwin daripada perkahwinan pertama adalah perkara paling menyakitkan dalam hidupnya.

Bukan sebab meninggal dunia

Menurut Nadia, dia terpaksa menanggung kesedihan lebih setahun sehingga terpaksa bergantung kepada ubat tidur gara-gara fikiran terganggu.

Bagi saya, kehilangan paling besar dalam hidup adalah kehilangan anak. Bukan sebab meninggal dunia, tapi perceraian. Saya terpaksa meninggalkannya pada waktu itu.

Saya menanggung derita lebih setahun kerana tidak dapat memeluk dan berjumpa dengannya kerana tidak dibenarkan. Itu adalah kehilangan terbesar dalam hidup sehingga saya tidak boleh tidur malam akibat terlalu banyak berfikir.

Saya risau bagaimana anak terjatuh tangga atau tiada orang tengokkan, beri makan dan adakah orang akan sayang kepadanya seperti saya.

Saya juga terpaksa ambil ubat tidur. Orang luar ingat fasa ini mudah, lebih lagi, anak saya baru berusia tiga tahun. Saya tidak boleh mengambilnya kerana tiada kuasa.

Tapi, apa yang berlaku mengajar saya. Kini, saya gembira fasa itu sudah pun berlalu.

Tambah Nadia, tiada siapa mengetahui penderitaan ditanggung kerana lebih gemar berkongsi soal positif kepada orang ramai.

MENARIK:  [VIDEO] Leona Kongsi Buat Aktiviti Canting Baik, Netizen Berseloroh – ‘Kalau Dia Jual Kaftan, Konfem Aku Beli’

Di samping itu, Nadia meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya itu tidak pernah menyalahkannya, sebaliknya mengerti apa yang berlaku.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tenang is Good (@tenangisghood)

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular