VIDEO] Natasha Dakwa Ada Individu Cuba Masuk Rumah, Kad Akses Dicuri Dari Bekas Suami – ‘Kenapa Perlu Nak Jumpa Sangat’

Shopee Sale


natasha rumah 1

Personaliti media sosial, Ananda Natasha mendedahkan terdapat seorang individu yang cuba masuk ke rumahnya.

Mahu masuk ke rumah

" data-video-id="7395810136402578706" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@realfatinyasmin

kenap tiba-tiba keluar statement dari tasya? #andika #tasya #influencer #tiktokmalaysia #penerangan

? Sad & Romantic Music – Dnc Production

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Natasha berkata dia berang apabila mengetahui individu tersebut mahu masuk ke rumah tanpa kebenarannya.

Dalam masa yang sama, Natasha meluahkan rasa gusar kerana individu tersebut mungkin mempunyai niat yang tidak baik.

Saya baru tahu dan selepas itu, ‘orang itu’ masuk ke rumah saya tanpa pengetahuan saya. Jadi saya marahlah.

Kenapa kau nak masuk rumah aku? Itukan privasi. Sekarang ni orang serba menakutkan. Dah la trauma dengan bunyi rumah, lepas itu tiba-tiba boleh naik ke atas dan curi kad pula.

Takut letak yang ‘bukan-bukan’ dan kita tak tahu apa niat orang sampai ke rumah kita walaupun orang tu nampak baik.

Dalam pada itu, Natasha mendakwa kad akses rumahnya telah dicuri oleh individu tersebut daripada bekas suami iaitu pempengaruh Andika Putera.

Sekurang-kurangnya beritahu, ‘aku ambil kad dari bekas suami kau nak datang rumah’. Ini tidak, buka lif terus nampak ‘orang itu’, memang saya terkejut.

Rumah saya tak boleh naik sebarangan, kena ada kad akses baru boleh naik. Yang ada kad, cuma bekas suami saya sahaja.

Jadi saya ingatkan bekas suami yang bagi dekat dia dan saya tanya kenapa dia bagi kad itu. Tapi katanya dia tak bagi, ‘orang itu’ curi.

Susulan itu, Natasha telah bertindak untuk menyekat kad tersebut dan membuat laporan polis demi menjaga keselamatannya.

Saya dah block kad itu dan dah buat laporan polis.

Rumah itu ada private lif, bila buka pintu terus sampai rumah. Tak kisahlah rumah saya macam mana sekalipun tapi ada barang-barang saya dekat situ, jadi saya risau.

Kenapa perlu nak jumpa sangat-sangat sampai nak naik ke rumah, saya dah pesan banyak kali. Saya tak nak jumpa tetap juga nak jumpa.

Natasha menerusi pendedahannya sebelum ini mendakwa bekas suaminya itu pernah berlaku curang bersama staf mereka dan juga seorang wanita berstatus isteri orang.

MENARIK:  [VIDEO] Disoal Tentang Dakwaan Marissa Berbadan Dua, Ini Respons Aslam – ‘Doa Yang Baik-Baik’

Andika bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan malah menganggapnya sebagai satu fitnah.

Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.

Sebelum itu, meskipun tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas jarang dilihat bersama.

Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular